Kerajaan Tawar Baucar Digital RM100 Kepada Rakyat Bagi Pelancongan Domestik

Baucar Digital RM100 Pakej Ransangan Ekonomi

Pada Khamis (27 Februari 2020), Tun Dr Mahathir yang ketika ini sebagai Perdana Menteri Interim mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM20 bilion bagi memastikan risiko ekonomi yang terjejas akibat penularan wabak koronavirus dapat ditangani.

Antara intipati dalam pakej rangsangan ekonomi yang diumukan itu iaitu baucar digital sehingga RM100 akan diberikan kepada semua rakyat Malaysia.

Tujuannya bagi membolehkan rakyat menggunakannya untuk membeli tiket penerbangan domestik, kereta api dan penginapan hotel berlesen.

Baucar Digital RM100 Pakej Ransangan Ekonomi

Bagaimanapun, mekanisme pemberian dan tarikh pemberian baucar digital ini tidak diterangkan secara mendalam lagi.

Turut diumumkan ialah pelepasan cukai individu sehingga RM 1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik. Dengan dua inisiatif pakej rangsangan ekonomi ini, kerajaan berharap impak Covid-19 kepada sektor pelancongan negara dapat dikurangkan.

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia