Kerajaan Tidak Akan Haram Grab

GrabCar
Sumber: Shamsubahrinismail.com

Menteri Pengangkutan, Anthony Lok Siew Fook menegaskan bahawa kerajaan tidak akan mengharamkan kira-kira 20 hingga 30 syarikat perkhidmatan e-hailing yang menggunakan kereta persendirian terutamanya Grab seperti yang dituntut oleh pemandu teksi.

Beliau berkata kerajaan sedar isu yang dihadapi pemandu teksi, namun isu ini perlu dilihat bukan sekadar dari perspektif pemandu teksi tetapi juga dari perspektif penumpang. Kementerian turut menghasilkan formula win-win situations untuk menggalakkan lebih ramai pemandu teksi menggunakan aplikasi e-hailing.

Anthony turut menggesa Ahli Parlimen supaya menggunakan peruntukan di kawasan masing-masing untuk membantu persatuan pemandu teksi menggunakan telefon pintar bagi membolehkan mereka menggunakan aplikasi e-hailing.

GrabCar

Sumber: Malay Mail