Kereta Api Malaysia Terbaik, Kalahkan 7 Negara Asia Pasifik

Kereta Api Malaysia Terbaik Asia Pasifik
Sumber: Mas Bagus Adventure

Perkhidmatan kereta api Malaysia tersenarai dalam senarai top 3 terbaik di Asia Pasifik. Berjaya mengalahkan 7 buah negara lain termasuklah Indonesia, Malaysia yang memperoleh jumlah skor 5.2 menyusul selepas Jepun dan Korea Selatan.

Data yang dikumpul melalui kaedah kaji selidik ini dikeluarkan oleh World Economic Forum (WEF) telah mengambil kira empat aspek iaitu kekerapan, ketepatan masa, kelajuan kereta api dan harga tiket dengan skor 1 (yang paling buruk) dan 7 (paling terbaik).

Semua sudah sedia maklum, sebut sahaja kereta api di Jepun dan Korea Selatan, pasti jawapannya memang terbaik. Jadi tidak hairanlah jika dua negara ini berjaya menduduki tangga 2 teratas dengan jumlah skor masing-masing ialah 6.6 (Jepun) dan 5.9 (Korea Selatan).

Berikut merupakan senarai negara yang berjaya mendapat tempat bagi kecekapan perkhidmatan terbaik Asia Pasifik.

Kereta Api Malaysia Terbaik Asia Pasifik

Oleh itu, tidak sia-sialah usaha pihak kerajaan yang menyediakan pelbagai jenis kemudahan perkhidmatan kereta api seperti monorail, LRT, MRT, KLIA Ekspress, komuter dan ETS setelah dinobatkan sebagai 3 terbaik di Asia Pasifik.

Namun begitu, mutu perkhidmatan ini perlulah dikekalkan dan ditambah baik lagi supaya Malaysia akan terus ke depan seiring dengan negara-negara maju yang lain.

Sumber: Astro Awani