Ketahui Apa Itu ‘Travel Bubble’ Atau Gelembung Perjalanan

KLIA top 20 penerbangan tepati masa
Sumber: Says

Biarpun menerima banyak cadangan supaya melaksanakan travel bubble atau gelembung perjalanan, kerajaan Malaysia masih lagi tidak memutuskan pelaksanaannya. Ketahui apa itu travel bubble.

BACA: COVID-19: Hotel 5 Bintang Di Kuala Lumpur Sedia Untuk Dijual

Apa itu travel bubble?

Travel bubble adalah situasi di mana hanya beberapa pelancong dari negara-negara tertentu dibenarkan memasuki sesebuah negara yang berjaya mengawal penularan wabak pandemik ini.

Dalam keadaan ini, beberapa negara telah bersetuju membuka sempadan mereka untuk kemasukan pelancong (can move freely within the bubble, but cannot enter from the outside).

Travel bubble merupakan kelangsungan daripada bidang khas pengkaji, Per Block dari Universiti Oxford yang pernah hadir dengan idea social bubble iaitu individu mengembangkan zon kuarantin mereka dengan bergaul dengan mereka yang dirasakan selamat.

Cara Refund Tiket Penerbangan Visa Tak Lulus
Sumber: Travel

Travel bubble memerlukan kepercayaan yang tinggi dalam rakan negara yang mahu menjalinkan kerjasama termasuklah mempunyai kebolehan dalam mengawal wabak seperti memperluaskan ujian COVID-19, mengesanan kontak serta kuarantin yang berkesan.

Antara negara yang bakal mengamalkan konsep travel bubble ini adalah Australia dan New Zealand selepas menutup rapat pintu sempadan negara kepada pelancong luar.

Sejak 23 Mei lalu, New Zealand mencatatkan sifar kes sehinggalah dua kes dicatatkan semula pada 16 Jun dan satu kes pada 18 Jun (semalam). Manakala Australia mencatatkan kes rendah sejak 22 April lalu dengan kes paling tinggi dicatatkan 29 Mei dan 17 Jun iaitu sebanyak 23 kes.

Setakat ini, kes terkumpul yang dicatatkan di New Zealand adalah sebanyak 1,507 dengan kadar kematian seramai 22 orang dan tiga kes aktif. Manakala Australia pula sebanyak 7,409 kes dengan kadar kematian seramai 102 dan kes aktif sebanyak 429.

Sekiranya Malaysia mahu menjalankan kerjasama konsep travel bubble ini, anda rasa negara yang mana paling sesuai dan selamat untuk digandingan dengan Malaysia?

Menurut syarikat perbankan global HSBC, yang paling sesuai adalah Vietnam, Thailand dan Singapura kerana melihat kepada kejayaan kesemuanya mengawal jangkitan COVID-19.

Sumber: Smithsonian