KKM Larang Penjualan Air Zam Zam Di Malaysia, Denda RM10,000 Jika Bersalah

KKM Larang Penjualan Air Zam Zam
Sumber: NST

Air zam zam merupakan salah satu sumber air bawah tanah yang melalui telaga air zam zam, terletak di Masjidil Haram, Mekah.

Telaga air zam zam merupakan satu-satunya sumber air bersih bawah tanah di Mekah suatu ketika dahulu denga kedalaman 30 meter. Kebiasaannya, air zam zam diberi sebanyak lima liter dan senaskhah al-Quran secara percuma kepada setiap jemaah haji.

Kerinduan berada di Tanah Suci membuatkan para jemaah membawa pulang cenderahati terutama air zam zam. Pastinya jemaah tidak akan melepaskan peluang membawa pulang air zam zam yang dibekalkan ke Malaysia.

Bagaimanapun, ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan menjualnya di Malaysia sedangkan air zam zam ini dibawah kategori air mineral semula jadi.

KKM Larang Penjualan Air Zam Zam
Sumber: KKM

Arab Saudi hanya membenarkan pengedaran air berkenaan secara percuma kepada jemaah haji, umrah dan pelawat untuk kegunaan persendirian dalam kuantiti terhad ketika berlepas pulang dari negara itu.

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi satu kenyataan memaklumkan individu yang melakukan kesalahan itu boleh berdepan tindakan undang-undang.

Mereka yang didapati bersalah menjual, mengimport atau mengedarkan air zam-zam boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun.

Larangan ini turut dikenakan atas faktor isu penjualan air zam zam tiruan di pasaran tempatan yang diragui ketulenan dan keselamatan kepada pengguna.

Sumber: KKM Putrajaya