Kontroversi Makan Kima Gergasi, Netizen Dakwa Produksi LoJ Sengaja ‘Perangkap’ Lee Yul Em

Seorang pelakon wanita dari Korea Selata, Lee Yul Em bakal berdepan dengan hukuman penjara selama lima tahun dan didenda USD650 (RM2,692.17) selepas didapati menangkap dan memakan tiga ekor kima (clam) gergasi yang hampir pupus di Thailand.

Seorang pelakon wanita Korea Selatan, Lee Yeol Eum bakal berdepan dengan hukuman penjara 5 tahun selepas didapati…

Posted by MakanLena on Sunday, July 7, 2019

Beliau yang ketika itu bersama produksi rancangan realiti Law of Jungle didapati menangkap dan menikmati hasil tangkapan mereka selepas melakukan aktiviti pemburuan di laut Taman Negara Hat Chao Mai, Narong Kongaid, Thailand.

Kesalahan yang dituduh di bawah perbuatan melanggar peraturan Taman Negara dan Undang-Undang Perlindungan Haiwan Liar Thailand kerana menggunakan bot atau melalui kaedah memancing untuk memburu hidupan bercengkerang itu.

Pelakon Korea Penjara 5 Tahun Makan Kima Gergasi Thailand 1

Buat pengetahuan anda, Law of Jungle merupakan salah satu rancangan realiti televisyen Korea Selatan yang diketuai oleh Kim Byung Man sejak 2011 dan sudah merantau pelbagai negara termasuk Malaysia (Sabah).

Berbentukkan survival di dalam hutan, kebiasaannya semasa melakukan penggambaran mereka akan berjumpa dengan ‘yang empunya kawasan’ supaya tidak melanggar apa-apa peraturan. Namun entah di mana silapnya, kali ini pihak produksi rancangan Law of Jungle telah melakukan kesilapan dan menyebabkan Lee Yeol Eum terpaksa berdepan hukuman berat.

Kesal dengan ‘perangkap’ itu, netizen Korea telah menghantar satu petisyen kepada Blue House supaya Lee Yul dikecualikan daripada hukuman kerana hanya mengikut rancangan pihak produksi. Sebaliknya memberikan hukuman berat kepada pihak produksi rancangan gara-gara tidak peka dengan keadaan.

Pelakon Korea Penjara 5 Tahun Makan Kima Gergasi Thailand

Mereka turut mendakwa ianya adalah kesalahan daripada koordinator Thailand dan pihak produksi yang tidak menyampaikan maklumat yang jelas kepada pelakon wanita itu yang hanya mengikut arahan.

Netizen Korea Selatan mengesyaki bahawa kejayaan Lee Yul Em menangkap kima gergasi itu telah diatur terlebih dahulu oleh pihak produksi Law of Jungle bukannya dilakukan secara spontan.

Sumber: Koreaboo

 

Restoran Milk Moustache ni memang sedap. Lagi-lagi jajangmyun dia.

Milk Moustache Cafe [Full Version] – Jajjangmyun dan Pelbagai Masakan Korea #CubaRasa…

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.