Kuku Singa Dipotong Untuk Tarik Pengunjung Cilik Ke Zoo, Diselar Ramai

kuku singa dipotong
Sumber: The Sun

Sebuah zoo di Gaza, Palestin menerima kecaman berikutan tindakan pihak zoo memotong kuku anak singa supaya pengunjung kanak-kanak dapat mendekati haiwan tersebut tanpa dicakar.

Anak singa yang diberi nama Falestine, berusia 14 bulan dipotong kukunya menggunakan pemotong yang biasa digunakan untuk tujuan berkebun. Pemilik zoo itu berkata, tujuan mereka lakukan sedemikian supaya dapat mengurangkan sifat agresifnya.

kuku singa dipotong
Sumber: The Sun

Tindakan kejam yang dilakukan pihak zoo itu menyebabkan anak singa tersebut kelihatan murung sambil mencakar tanpa kukunya di sebatang pokok dalam sangkarnya. Salah seorang veterinar yang mengendali Falestine berkata, kukunya dipotong supaya tidak tumbuh dengan cepat dan pengunjung kanak-kanak dapat bermain bersamanya tanpa berlaku kemalangan.

kuku singa dipotong
Sumber: The Sun

Tujuan itu juga ingin membawa senyuman dan kebahagiaan kepada golongan cilik sambil meningkatkan bilangan pelawat ke zoo itu. Penderitaan Falestine itu didedahkan menerusi satu video tular.

⚠️SHOCKING footage revealed: young lioness brutally mutilated ❗️The owner of the oldest zoo in Gaza allows visitors to play with this lioness and therefore cruelly removed her claws with garden shears! Sadly, this is not the only animal suffering in the Rafah Zoo; just a couple of weeks ago 4 newborn lion cubs died due to the unusually cold weather and lack of proper care. We strongly demand the closure of the zoo, where over 40 more animals are kept in horrible conditions. Our team already started negotiations with the relevant authorities. They urgently need our help! 🆘 We’ll keep you updated about this case! #SaveGazaAnimals

Posted by FOUR PAWS South Africa on Thursday, February 14, 2019

Walau bagaimanapun, kumpulan hak asasi haiwan menyelar tindakan berkenaan dan menyifatkannya sebagai satu perlakuan kejam.

Sejak pembukaan zoo itu, banyak haiwan telah mati akibat serangan roket dan pertempuran perang.

Sumber: Mirror

Punyalah kreatif orang Malaysia ni.

6 Menu Nasi Lemak Unik Di Malaysia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

https://www.facebook.com/watch/?v=789590114772815