Lagenda Raksasa Ogopogo Muncul Di Kanada

ogopogo

Penampakan kelibat raksasa tasik lagenda Ogopogo, Kanada telah dikesan sebanyak tiga kali beberapa bulan ini. Lagenda yang menyerupai raksasa tasik Loch Ness ini dikatakan mirip ular gergasi dan tinggal di dalam tasik Okanagan di British Columbia.

Pada 12 September lalu, David Halbauer bersama keluarganya berkelah di tasik ini. Sedang mereka seronok berehat, beliau terlihat kelibat berwarna hitam berbentuk silinder keluar daripada permukaan air kemudian berguling.

Menurut David, ular gergasi berkenaan mempunyai panjang lebih kurang 15 meter.

Semenjak daripada penemuan David, dikatakan terdapat dua kali lagi penampakan Ogopogo dikalangan penduduk tempatan.

Untuk rekod, penampakan Ogopogo telah mula dilihat orang ramai semenjak tahun 1972.

Sumber: Fox News