Lebuh Raya Pintar Khas Untuk Kenderaan Swapandu China Menjelang 2022

Lebuhraya Pintar China
Sumber: Sustainable Transport In China

China sekali lagi bakal mahu ke depan dengan pembinaan lebuh raya pintar khas untuk kenderaan swapandu menjelang tahun 2022. Kenderaan swapandu sudah tidak lagi memerlukan kawalan dari pemandu secara sepenuhnya kecuali untuk situasi kecemasan.

Sistem swapandu yang masih berada di tahap 3 autonomi masih lagi dalam proses penambah baikan supaya boleh meningkat sehingga ke tahap 5 yang menyerupai kemampuan pemanduan manusia.

Lebuhraya Pintar China
Sumber: VTS

Lebuh raya pintar pertama enam lorong yang dibina sepanjang 161 kilometer ini dilengkapi dengan pelbagai sensor supaya dapat menyokong perhubungan antara kenderaan.

Apabila berlaku kemalangan di laluan antara Hangzhou dan Ningbo, kenderaan akan memberikan isyarat kepada sistem yang kemudiannya akan menyambungkan amaran tersebut kepada kenderaan berhubung yang lain.

Bukan itu sahaja, kecanggihan sistem kenderaan berhubung ini juga akan memberikan laluan secara automatik kepada kenderaan kecemasan yang melalui jalan tersebut selain daripada membolehkan kenderaan pintar memberikan isyarat menukar lorong dan memberikan ruang yang secukupnya bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.

Sumber: Amanz