Lelaki Ini Kongsi Tip Bawa Anak Bercuti Ke Pulau Jeju, Korea Selatan

Pulau Jeju
Sumber: Facebook Azli Ismail

Pulau Jeju atau Jeju-do merupakan pulau terbesar di Korea Selatan. Diberikan gelaran Samdado kerana kaya dengan batu-batuan dan wanita cantik selain daripada angin segar kerana terletak di tepi laut, Pulau Jeju memiliki keindahan alam dan kebudayaan yang cukup unik.

Memiliki lebih daripada 1,700 jenis tanaman sehingga turut mendapat gelaran sebagai Taman Botani, Pulau Jeju mempunyai iklim yang baik dan sesuai untuk dijadikan lokasi penanaman flora. Dengan garisan pantai kira-kira 253km dengan keluasan 1,825km², suhu tahunan purata Pulau Jeju adalah 14.6°C dan pada musim sejuk sekitar 4.7°C.

Dahulunya dikenali sebagai Tamna, Pulau Jeju terkenal dengan sejarah hitam yang merupakan tragedi terburuk dalam sejarah moden Korea sehingga mengorbankan puluhan ribu nyawa dan kehancuran lebih 130 kawasan desa.

Pulau Jeju
Sumber: Facebook Azli Ismail

Merupakan tempat yang sesuai untuk dilawati oleh semua peringkat umur, seorang lelaki, Azli Ismail telah berkongsi di laman Facebook berkenaan dengan tip-tip membawa anak-anak ke Pulau Jeju, Korea. Bercuti dengan membawa anak-anak memang sangat mencabar, jika tiada kesabaran perjalanan percutian boleh menjadi huru hara kerana kerenah mereka.

Pulau Jeju
Sumber: Facebook Azli Ismail

Antara perkongsian beliau adalah:

1. Gunakan aplikasi AirBnB untuk tempahan penginapan dengan harga yang murah.

2. Beli tiket penerbangan AirAsia direct flight semasa promosi.

3. Cari kereta sewa melalui agen di Google. Berurusan melalui emel lebih pantas dan pembayaran boleh dilakukan dengan menggunakan online banking.

4. Kerana kekurangan makanan halal di sana, anda disarankan untuk memasak sendiri. Cuma bawa beras sahaja dari rumah. Lebih jimat dan kenyang, bukan? Sama ada anda bawa sendiri peralatan memasak atau menggunakan yang tersedia di tempat penginapan, anda digalakkan untuk membawa sabun samak (jenama Taharah) untuk proses penyucian peralatan memasak.

5. Sediakan kelengkapan secukupnya untuk anak-anak; pakaian dan ubatan supaya mereka selesa sepanjang percutian.

Untuk tahu antara tip-tip lain yang dikongsikan Azli, anda boleh baca hantaran di bawah:

20 Tips bawa anak-anak ke Pulau Jeju Korea.Aku pilih Jeju sebab udara nyaman, sejuk, ada gunung dan ada pantai, bukan…

Posted by Azli Ismail on Sunday, November 25, 2018

Yang paling penting, sebagai ibu bapa anda perlu bersedia dengan 1001 kemungkinan yang akan timbul. Apa pun yang terjadi, cuba cari penyelesaian dengan tenang.

Tarik nafas dan jangan marah-marah. Ingat kembali tujuan asal kenapa anda pilih untuk pergi bercuti bersama anak-anak.