Lelaki Kongsi Petua Masak Burger Yang Terbukti Sedap

Ramai yang tertanya-tanya apakah resipi burger murah tepi jalan yang sedap tahap ke awangan. Apabila cuba buat di rumah, memang lain sangat rasanya dengan yang dibeli.

Peka dengan isu tersebut, seorang lelaki berkongsi rahsia resipi burger yang memang sudah terbukti sedap. Ramai yang dah mencubanya tau! Sampai ada yang gunakan resipi ini untuk meniaga.

1. Wajib guna daging 70 gram. Tak perlu berjimat sangat, tak untung mana pun.

2. Masak daging, jangan tekan. Bila tekan, jus daging akan keluar dan disebabkan itulah daging akan jadi kering. Alih-alihkan dan letak sedikit planta. Jangan sampai banjir sebab daging pun sudah ada minyaknya sendiri.

3. Lubang-lubangkan daging. Tak perlu belah tengah. Kemudian letak perencah seperti sos Lea and Perrin, Maggi dan lada.

Resipi Burger Sedap 1

4. Letak sedikit air bawang putih bagi menggantikan jus yang hilang. Caranya potong bawang putih, letakkan dalam botol berisi air kosong dan lubangkan penutup botol.

5. Guna api sederhana sahaja. Api yang kuat akan menyebabkan daging hilang jusnya.

6. Sapukan planta pada roti (lagi banyak lagi sedap) dan letakkan di atas kuali. Jangan tekan roti sampai leper, cukup tekan sekadar beri tekanan sahaja.

7. Kalau untuk sayur, biasanya orang akan menggunakan kobis. Tapi untuk lagi sedap gunakan lettuce iceburg. Lebih sedap tapi susah untuk didapatkan hari-hari dan harganya juga agak mahal.

8. Untuk sos jangan gunakan sos murah. Kebanyakan peniaga burger di Kuala Lumpur gunakan jenama Longson tapi agak sukar untuk didapatkan.

9. Untuk jenama mayonis pula, yang paling sedap ialah Nelly. Tapi gunakan sikit sahaja kerana sikit sudah cukup untuk menaikkan rasa.

Resipi Burger Sedap

10. Untuk keju, biasanya beliau akan gunakan perasa Smoke BBQ. Apa-apa jenama pun tak mengapa asalkan rasa kejunya yang sedap.

11. Untuk sos lada hitam, boleh sahaja buat sendiri. Masakkan mentega (butter) dengan tepung gandum sampai naik bau. Letakkan sos tiram, lada hitam kasar, kicap cair, stok ayam dan garam. Ubah suai sehinggalah dapat yang memang sedap untuk dicelupkan daging ke dalamnya.

12. Untuk sayur pula, asingkan sos dengan mayonis. Mayo di bahagian bawah, sos di bahagian atas untuk rasa berbeza. Untuk keju pula letakkan di atas daging panas supaya ianya cair.

Mudah kan? Bolehlah lepas ini cuba masak di rumah. Untung-untung sedap tak perlu beli dah.

Selamat mencuba.

Sumber: Adie Redzuan via Aneka Resipi Kuih Muih

Sedap-sedap juga makanan jalanan yang ada jual di dunia ini.

5 Antara Makanan Jalanan Yang Terkenal Di Dunia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.