Lepas Gian, Bawa Bekal Air Ketum Dalam Bas

Air Ketum
Sumber: Iluminasi

Air rebusan daum ketum mempunyai banyak khasiat antaranya sebagai pemulih tenaga, rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan merawat sakit belakang. Mampu menjadikan peminumnya ketagihan, air ketum telah diharamkan penggunaannya pada Januari 2003.

Mengandungi mitraginin yang tersenarai sebagai Third Schedule of Poison (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952, ketum boleh menunjukkan gejala teruk sekiranya diambil setiap hari.

Air Ketum

Akibat daripada ketagihan, seorang penumpang bas ekspres ditahan di Gua Musang kerana membawa bekal air ketum yang diproses sendiri sebagai bekalan menghilangkan gian di dalam bas selain 10 daripadanya didapati positif dadah.

Bas ekspres yang ditahan semasa dalam perjalanan ke Gua Musang, Kelantan semasa pihak polis trafik Kelantan melakukan operasi melibatkan pemeriksaan keseluruhan; tidak hanya melihat pada pemakaian tali pinggang sahaja.

Walaupun daun ketum mempunyai khasiat menyembuhkan beberapa penyakit, namun sebenarnya ketagihan pada air rebusannya lebih membawa mudarat kepada diri.

Sumber: Astro Awani

Tengok Chief Faruk Gezen masak macam senang gila.

5 Masakan Unik Makanan Laut Chief Faruk Gezen

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.