Letupan Besar Di Pesta Tahunan Myanmar

belon udara panas meletup
Sumber: Al Jazeera

Kegembiraan berada di Pesta Tahunan Myanmar di Taunggyi, bertukar mimpi buruk apabila acara kemuncak pertunjukan belon udara panas meletup secara tiba-tiba. Insiden yang berlaku menyebabkan sekurang-sekurangnya sembilan orang cedera daripada ribuan pengunjung yang datang ke pesta itu.

Pada kejadian tersebut, dilaporkan seorang meninggal dunia di tempat kejadian. Mengikut laporan, belon udara panas itu terkena percikan api ketika mercun dilepaskan yang mengakibatkan letupan besar dan menghala ke arah pengunjung.

Belon udara panas itu membawa 18 kilogram bahan peledak dan jatuh dalam jarak kira-kira 90 meter dari udara. Mercun yang dilepaskan bersama belon udara panas itu bertujuan membawa belon itu naik tinggi ke udara sehingga mencapai ke ‘syurga’.

Acara kemuncak ini diadakan setiap tahun, namun dilaporkan hampir setiap tahun kemalangan seperti ini berlaku. Pada tahun 2014, tiga orang mati pada waktu perayaan apabila belon terhempas ke atas orang ramai dan seorang kanak-kanak meninggal selepas belon itu melanggar khemah keluarganya.

Acara belon udara panas ini merupakan acara terpenting untuk Pesta Tahunan Myanmar. Beratus-beratus belon udara panas diterbangkan dan menjadi pesta belon udara panas terbesar di Myanmar.

belon udara panas meletup
Sumber: Myanmar Business Today

Lebih daripada 400 belon udara panas diterbangkan di Taunggyi semasa pesta tahun ini dan dijalankan sehingga 22 November, apabila bulan purnama tiba.

Sumber: Euro News