Lihat Beberapa Tarikan Menarik Di Lapangan Terbang Jewel Changi, Singapura

Jewel Changi
Sumber: TODAYonline

Pada pembukaan Lapangan Terbang Jewel Changi di Singapura 11 April lalu, seramai 500,000 tetamu berdaftar hadir bagi menyertai sesi pratonton di sana. Acara pratonton berlangsung sehingga Selasa ini sebelum pembukaan secara rasmi pada 17 April.

Lapangan Terbang Jewel Changi ini mula dibina pada penghujung 2014 dan siap pada 2017 dengan menelan belanja sebanyak $1.7 bilion. Terletak bersebelahan Terminal 1 (T1), juga dhuungkan dengan T2 dan T3 menerusi travelator.

Apa yang menarik perhatian di lapangan terbang ini, pancuran air HSBC Rain Vortex setinggi 40 meter dan taman tertutup lima tingkat yang diisi 2,500 pokok dan 100,000 pokok renek.

Kompleks seluas 135,700 meter persegi ini menampung lebih 280 kedai dan cawangan makanan dan minuman, permainan menarik, hotel dan kemudahan penerbangan mengelilingi salah satu taman tertutup terbesar Singapura.

Ini antara tarikan yang ada di sekitar Lapangan Terbang Jewel Changi.

1. Canopy Park

Jewel Changi
Sumber: Coconuts

Terletak di bahagian atas bangunan Jewel,terdapat taman bertema, kawasan bermain dan tempat terbaik untuk menikmati makan malam. Juga disediakan jambatan kanopi sepanjang 23 meter dengan pemandangan Manulife sky nets.

2. HSBC Rain Vortex

Jewel Changi
Sumber: Jewel Changi Airport

Merupakan air terjun tertutup tertinggi di dunia iaitu pada ketinggian 40 meter. Pemandangannya bermandikan cahaya pada waktu malam pasti tidak mengecewakan kepada sesiapa yang melihatnya.

3. Pawagam Shaw

Jewel Changi
Sumber: Mothership.sg

Jika ada masa senggang sebelum penerbangan, boleh menonton wayang di Cineplax 11-skrin. Wayang ini menawarkan ruang Imax, 26 tempat duduk Lumiere degan kemudahan kelas premium.

4. Shiseido Forest Valley

Jewel Changi
Sumber: Coconuts

Lihat sahaja kita sudah dapat menjangka udara yag nyaman dan menenangkan seolah-olah berada di Jurassic Park. Terdapat beberapa restoran di sekitar valley ini dan pengunjung dapat bersantai sambil melihat pemandangan air terjun di situ.

Jewel juga akan mengetengahkan kaunter untuk check-in awal, perkhidmatan menyimpan beg dan ruang Changi Lounge yang memuatkan 150 tempat duduk.

Pasti ia menjadi tarikan baharu yang dijangka meningkatkan kedudukan Singapura sebagai destinasi pelancongan menarik bukan hanya untuk penduduk setempat, bahkan penumpang transit yang mempunyai lima jam masa senggang di Singapura sebelum penerbangan seterusnya.

Sumber: Berita Harian SG, Coconuts