Lima Sekawan Terkilan Ditahan Lapan Jam Di Korea, Ubat Hati Terus Ke Bandung

Pergi Korea Balik Hari
Sumber: FB Nor Azam

Pergi Korea Selatan balik hari, itulah pengalaman lima sekawan yang hanya berada di negara itu tidak sampai satu hari sebelum dihantar pulang ke Malaysia atas sebab yang tidak diketahui.

Luahan itu ditulis oleh Nor Azam di akaun Facebooknya sebagai pengalaman travel yang belum pernah beliau lalui. Menceritakan kejadian pada 6 November lalu, Azam berkata mereka sudah merancang setahun untuk ke Korea Selatan.

Pelbagai persediaan sudah dilakukan seperti tiket penerbangan, senarai penuh jadual perjalanan selama di sana, tempahan hotel, surat pengesahan dan senarai tempahan tiket di kawasan pelancongan sana namun nasib tidak menyebelahi mereka kerana tetap ditahan salah seorang pegawai imigresen di lapangan terbang Incheon dan dibawa ke sebuah bilik menunggu.

Pergi Korea Balik Hari
Sumber: FB Nor Azam

Akhirnya terpaksa akur untuk pulang ke Malaysia selepas dua jam disoal siasat dan lapan jam menunggu tanpa tujuan. Azam mengajak rakan-rakannya pergi ke Bandung untuk mengubat hati yang lara.

Urusan mereka dipermudahkan oleh kenalan Azam di Bandung dan mereka menghabiskan sisa cuti mereka di sana.

Azam menasihatkan kepada mereka yang bakal pergi ke Korea Selatan, pastikan semua persediaan cukup dan bergantung kepada rezeki (seperti beliau walaupun lengkap segalanya masih tidak lepas).

Disebabkan kejadian itu, duit mereka lebur dalam dua ribu ringgit seorang.

Mungkin anda yang ingin ke Korea Selatan selepas ini boleh mencuba tip ini:

Pergi Korea Balik Hari
Sumber: FB

Diharap kisah ini menjadi pengajaran buat orang lain supaya lebih bersiap sedia sebelum melancong ke luar negara.

Sumber: FB Nor Azam