Macau Bakal Potong Qatar Sebagai Negara Termewah Dunia

macau

Qatar sedang berada dalam laluan untuk kehilangan status sebagai tempat termewah di dunia kepada empayar judi China, Macau. Kalau anda ingin tahu, Macau punyai bandar seperti Eropah ya. Boleh baca di sini.

Ekonomi hub kasino global itu bakal mencapai USD $143,116 seorang menjelang tahun 2020, mengikut kepada unjuran oleh International Monetary Fund (IMF). Sekaligus menjadikan Macau dihadapan pendahulu pertama terkini iaitu Qatar, di mana Qatar akan mencapai USD $139,151 dalam tempoh masa yang sama.

Lokasi yang suatu masa dahulu merupakan outpost milik Portugis di selatan tanah besar China, kini menjadi kasino dunia selepas pemilikan semula oleh China hampir dua dekad yang lalu. Macau merupakan satu-satunya lokasi dimana kasino adalah dibenarkan oleh pentadbiran China sekaligus menjadikan magnet duit bagi jajahan besar China. Pendapatan kasar domestik Macau meningkat sebanyak tiga kali ganda perkapita sejak tahun 2001 menurut data IMF.

Tambahan daripada itu, perbezaan antara dua lokasi ini akan menjadi semakin besar apabila menjangkaui tahun 2020, di mana pendapatan per kapita Macau dijangka mencapai USD $172,681 pada tahun 2023, Qatar pula pada kadar USD $158,117 menurut data IMF.

Selain daripada dua negara ini, hub kewangan Singapura pula bakal mencecah enam digit pada tahun hadapan dan dijangka mencapai kadar USD $117,535 pada tahun 2023. Hong Kong pula, pada tahun yang sama berkadar USD $80,000.

Menurut sumber IMF, tiga negara eropah iaitu Luxembourg, Ireland, dan Norway bakal mencapai 10 negara yang termewah mencapai tahun 2020, Amerika Syarikat pula pada tangga ke 12.

Sumber: Star Online