Mahkamah Arah AirAsia Bayar Tunggakan Cukai RM40.6 Juta Kepada MAHB

Syarikat tambang rendah AirAsia menerima arahan dari Mahkamah Tinggi untuk membayar tunggakan caj perkhidmatan penumpang (PSC) sekurangnya RM40.6 juta kepada Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) yang juga merupakan syarikat induk Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MASSB).

AirAsia hilang permohonan untuk membatalkan tuntutan tersebut apabila Hakim Mahkamah Tinggi, Azimah Omar membenarkan penghakiman ringkas oleh MAHB untuk dimasukkan ke dalam tiga tuntutan sivil terhadap AirAsia dan turut meminta agar AirAsia membayar sebanyak RM24,000 untuk kesemua tuntutan.

Hakim dengan perintah mahkamah di bawah Seksyen 46 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 membenarkan Perintah 14, yang mana kuasa mengenakan bayaran terletak pada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) manakala MAHB adalah badan yang mengeluarkan lesen untuk mengendalikan lapangan terbang terhadap ketiga-tiga kes tersebut.

Raya AirAsia
Sumber: Denaihati

 

Perintah 14 merupakan Undang-undang Mahkamah Tinggi yang merujuk kepada kes defendan di dalam sesuatu kes tidak mempunyai pertahanan terhadap tuntutan tersebut.

Wakil undang-undang AirAsia, Lim Tuck Sun memberitahu bahawa AirAsia akan memfailkan permohonan rayuan mereka kepada penghakiman Mahkamah Tinggi manakala MAHB pula diwakili oleh Shannon Rajan dan Eric Gabriel Gomez.

Isu ini tercetus apabila AirAsia hanya mengutip sebanyak RM50/seorang untuk caj perkhidmatan penumpang (cukai lapangan terbang) dan bukannya RM73/seorang seperti yang dikenakan Mavcom ke atas penerbangan bukan ASEAN di KLIA2.

AirAsia secara dasar menentang kenaikan caj yang dikenakan Mavcom sejak 2017 dan nilai yang dikutip menjadi bukti protes tersebut dijalankan.

Kemudiannya, MAHB mendakwa cukai lapangan terbang daripada AirAsia Group dan AirAsia X yang tertunggak sejak 1 Julai 2018 sehingga Disember 2018 adalah sebanyak RM36.12 juta.

Berikutan daripada kejadian itu, ianya membawa pula kepada tuntutan kerugian AirAsia sebanyak RM480 juta kepada MASSB semasa menjalankan operasi di KLIA2.

Ketua Pegawai Eksekutif MAHB memberitahu kutipan cukai yang rendah akan menjejaskan pendapatan kerajaan malah MAHB sendiri harus membayar 11.8% daripada kutipan pendapatan kepada kerajaan dalam bentuk user fee.

Cukai caj perkhidmatan penumpang sebanyak RM73/seorang merupakan kadar yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan dikenakan pada semua syarikat penerbangan.

Walau bagaimana pun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes di laman Twitternya dengan tegas memberitahu bahawa beliau akan tetap melawan ketidakadilan dalam kadar cukai tersebut yang sama seperti,

“mengenakan caj Hotel Shangri-La lima bintang pada hotel bajet.”

Niat beliau bukanlah mahu bersaing, sebaliknya mengharapkan kerjasama daripada MAHB dan Mavcom untuk memahami AirAsia adalah syarikat penerbangan tambang murah dan mempunyai jumlah pelanggan yang ramai.

Sumber: The Star OnlineMalay Mail, Astro Awani,

 

Siapa yang belum cuba menu durian IKEA, kena cuba.

Review Kek, Puff, Tart dan Freppe Durian [#MLTapao – MakanLena]

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.