Mahu Tarik Lebih Ramai Pengunjung, Pulau Pinang Tawar Pakej Pelancongan Serendah RM15

Pulau Pinang RM15

Nampaknya, Pulau Pinang begitu serius mahu merancakkan industri pelancongan mereka dan kini menawarkan pakej pelancongan sekitar pulau itu serendah RM15 seorang!

RM15 seorang untuk pusing sekitar satu pulau? Ini mungkin pakej pelancongan termurah yang ditawarkan melalui kerjasama Penang Global Tourism (PGT) dan Persatuan Pelancongan Cina Malaysia (MCTA).

Kita sedia maklum, penularan pandemik COVID-19 telah memberi impak yang ketara terhadap semua sektor terutama sektor pelancongan di seluruh negara. Justeru, di bawah Pelan Tindakan Pemulihan Pelancongan Pulau Pinang 2020, melancarkan JOM! Experience Penang yang menyasarkan pasaran domestik.

Di bawah nama ‘Best Tour Packages‘ menawarkan 23 pakej pelancongan menarik di pulau mutiara itu. Pulau Pinang menyasarkan kemasukan sehingga 6,000 pelancong tempatan dengan jangkaan sebanyak RM1.54 juta pendapatan dijana sehingga Oktober 2020.

Pulau Pinang RM15

Penang Global Tourism melancarkan dua tawaran pelancongan istimewa iaitu ‘Best Hotel Deals’ dan ‘Best Attractions Deals’. Selain itu, turut menawarkan pakej istimewa untuk barisan hadapan sebagai tanda penghargaan dalam memerangi krisis kesihatan dan memastikan Pulau Pinang kekal sebagai zon hijau sehingga kini.

“Bagi ‘Best Tour Packages’ ini pula, terdapat 23 pakej menarik dengan harga serendah RM15 seorang termasuk pelbagai pilihan pakej sama ada pakej lawatan sehari, dua hari satu malam atau tiga hari dua malam dengan tawaran harga istimewa.”

Menggunakan pakej ini dikatakan lebih murah misalnya, anda memandu dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, kosnya hampir cecah RM100 (termasuk tol dan duit minyak) untuk satu kumpulan. Tetapi jika mengambil pakej yang ditawarkan itu, harganya sekitar RM60 sahaja.

Pakej pelancongan ‘Best Tour Packages’ ini sudah pun bermula sehingga 31 Oktober 2020, jadi ambillah peluang, segera membuat tempahan dan selamat bercuti!

Maklumat lanjut mengenai pakej pelancongan menarik ini, sila layari laman sesawang penangtraveldeals.com

Pulau Pinang pun ketika ini mengecualikan caj penginapan hotel selama enam bulan.

Boleh tekan di sini untuk melihat lebih banyak lagi tempat menarik di sekitar Pulau Pinang!

Sumber: Buletin Mutiara