Makan Daging Penyu Boleh Tingkatkan Tenaga Batin?

Daging Penyu
Sumber: Free Malaysia Today

Penyu menjadi haiwan sasaran individu yang obses dengan ubat menguatkan tenaga batin kerana dagingnya dikatakan mampu mengubati masalah tersebut. Kepercayaan karut ini menjadikan penyu diburu dan dieksploitasi untuk memenuhi permintaan yang ada.

Kegiatan perburuan penyu di Sabah yang dibunuh kemudiannya dieksport ke luar negara ini merupakan salah satu punca kepada kepupusan hidupan laut tersebut. Permintaan daging penyu dalam kalangan penduduk Sabah sudah berkurang, namun kegiatan perburuan masih meningkat disebabkan oleh permintaan yang tinggi dari negara-negara jiran.

Daging Penyu
Sumber: Pantau.com

Kenyataan bahawa daging penyu mampu menguatkan tenaga batin ini disangkal keras oleh Timbalan Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Dr Sen Nathan yang turut memberitahu bahawa hukuman berat akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang bersekongkol membantu dalam aktiviti haram ini.

Di Sandakan, kempen menghalang atau melarang aktiviti jual beli telur penyu telah diadakan dengan kerjasama daripada Majlis Perbandaran Sandakan dan beberapa lagi agensi lain.

Daerah yang disyaki sebagai kawasan pembekalan dan penjualan daging serta telur penyu yang tinggi adalah di Semporna. Ini kerana berlakunya peningkatan kemasukan pelancong dari China berikutan daripada tabiat pelancong China yang terkenal dengan kegemaran mereka makan makanan eksotik.

Penyu merupakan spesis yang dilindungi kerana mempunyai fungsi yang penting dalam ekosistem. Antaranya:

1. Membuktikan bahawa kawasan laut masih kekal bersih tanpa pencemaran (penyu bernafas menggunakan paru-paru).

2. Membantu membersihkan terumbu karang daripada spons untuk kekal sihat.

3. Makan obor-obor yang menjadi pemangsa kepada anak-anak ikan.

Penyelidik akademik daripada Universiti Papua, Ricardo memberitahu bahawa makan daging penyu boleh memberikan seseorang itu menghidap penyakit serius kerana kandungan logam berat sehingga boleh menyebabkan kematian mendadak.

Sumber: Astro Awani

Daripada makan daging penyu, lebih baik korang tengok makanan yang jadi kegilaan rakyat Malaysia ni.

9 Antara Makanan Kegilaan Rakyat Malaysia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.