Makan Nasi Himpit Dibungkus Plastik Penyebab Kanser

Nasi Himpit Plastilk
Sumber: Vit Daily

Plastik dicipta daripada pelbagai bahan sintetik atau semi-sintetik yang bertujuan untuk meningkatkan daya ketahanan dan kebergantungan sesuatu produk. Tidak hairanlah jika banyak produk di pasaran kini menggunakan plastik sebagai bekas simpanan atau penyediaan bahan terutamanya makanan dan barangan cairan.

BACA: Makan Buffet Secara Percuma Di Serena Brasserie, Intercontinental KL

Kebanyakan produk dalam bentuk plastik di pasaran memang memberikan kemudahan kepada manusia, tetapi sedarkah kita bahawa impak kewujudannya terlalu bahaya?

Menyedari perkara tersebut, bekas pensyarah jurusan Sains Alam Sekitar, Institut Pendidikan Guru Kampus Datuk Razali Ismail, Batu Rakit, Kuala Nerus, Rosnah Alias telah hadir dengan produknya sendiri iaitu nasi himpit yang menggantikan pembalut plastik kepada kain muslin.

Nasi Himpit Plastilk
Sumber: Facebook Nasi Himpit Salsabila

Kain yang 100% berasaskan kapas ini lebih selamat berbanding bekas plastik yang membalut beras dan memerlukan sekurang-kurangnya 2 jam untuk direbus dalam air yang dididihkan.

Cuba anda bayangkan apakah jenis kimia daripada plastik yang akan meresap masuk ke dalam nasi himpit tersebut?

plastics, stop cooking food in plastics

do we realise we are cooking ketupat nasi in plastic is just like eating plastic soup too.

Posted by Nasi Himpit Salsabila on Sunday, December 2, 2018

Idea ini timbul apabila pencinta alam sekitar dan haiwan ini melihat impak yang dibawa oleh pencemaran plastik kerana ramai yang masih belum sedar bahayakan produk campuran bahan kimia ini kepada kesihatan.

Bermula secara kecil-kecilan, nasi himpit yang diberi nama Nasi Himpit Salsabila ini dibungkus seberat 46 gram setiap satu. Diletakkan dalam setiap kotak yang mana kuantitinya ialah 5 bungkus, Nasi Himpit Salsabila ini dijual dengan harga RM8.50 sekotak.

Nasi Himpit Plastilk
Sumber: Facebook Nasi Himpit Salsabila

Menjual dengan niat bukan untuk mendapatkan keuntungan, beliau menyatakan matlamat utama inovasi ini dilakukan adalah dengan tujuan menyediakan alternatif nasi himpit yang sihat dan selamat dimakan.

Mengakui jualan perniagaan ini agak perlahan, beliau memberitahu punca 52 jenis kanser adalah disebabkan oleh pengeluaran bahan kimia daripada plastik yang terkena haba. Ramai juga yang sudah mencuba dan memberikan komen positif terhadap Nasi Himpit Salsabila ini.

Nasi Himpit Plastilk
Sumber: Facebook Nasi Himpit Salsabila

Bila sudah tahu ada inovasi sebegini, mengapa tidak kita sokong demi kesihatan tubuh badan jangka masa panjang? Biarlah mahal sedikit, asalkan tidak berhabis di kemudian hari kerana mahu merawat penyakit.

Sumber: Berita Harian Online