Makanan Sihat Meriahkan Sambutan Deepavali

Deepavali
Sumber: Public Holidays Global

Pesta Deepavali pastinya disambut dengan pelbagai jamuan makanan yang enak-enak. Bermula dengan idle dan tose yang dihidang bersama cutni, sambar (kuah lentil), ayam dan kambing sebagai sarapan, kemudian diteruskan dengan hidangan lengkap nasi beriani, nasi putih dan nasi minyak berserta lauk ayam dan kambing sebagai hidangan tengah hari.

Belum diambil kira lagi kuantiti air berkarbonat dan kordial yang diminum sambil mengunyah kudapan serta manisan lain! Gabungan makanan ini boleh menjejaskan kesihatan kerana jumlah kalori yang melebihi Garis Panduan Diet Malaysia.

Deepavali
Sumber: khaleejtimes

Dr A. Mahenderan, Pakar Sains Nutrisi UiTM berkata makanan kaum India sebenarnya sihat jika diambil secara sederhana, kecuali makanan yang digoreng celur, bergula dan bergaram. Kunci untuk pemakanan sihat ialah B-M-V, iaitu BalanceModerateVariation.

Selain daripada itu, pengambilan alkohol yang menjadi kebiasaan semasa Deepavali perlulah dikawal kerana sekiranya berlebihan ianya boleh menyebabkan kerosakan pada hati. Beliau menyarankan supaya melebihkan pengambilan sayuran, dan mengurangkan kuantiti nasi, mi, tose atau idle bagi membantu pengurusan berat badan yang ideal.

Deepavali
Sumber: kesehatan.co

“Untuk hari ini sahaja, makan dan minumlah apa sahaja.”

Ayat yang lazim dituturkan ini, tanpa sedar membawa banyak keburukan daripada kebaikan, terutamanya buat penghidap obesiti, hipertensi dan kencing manis. Jika tidak diubah tabiat kita mulai hari ini, masih adakah hari esok?

Sumber: Astro Awani