Malaysia Negara Ketiga Asia Paling Banyak Menerima Senarai Tempahan Bilik Hotel

tempahan hotel paling banyak
Sumber: Shutterstock

Berdasarkan tinjauan daripada syarikat internet perkhidmatan tempahan hotel atas talian Agoda, Malaysia merupakan negara Asia ketiga paling popular dari segi tempahan penginapan untuk tahun 2018. Tinjauan yang sama juga menunjukkan Kuala Lumpur menjadi bandar ketiga paling banyak dikunjungi di rantau Asia.

Secara keseluruhan, Jepun menduduki tempat teratas dalam senarai tempahan bilik paling banyak diikuti dengan Thailand. Manakala Bangkok berada dikedudukan hadapan diikuti Tokyo untuk kategori bandar yang paling banyak dikunjungi.

tempahan hotel paling banyak
Sumber: Asia Experience

Dalam satu kenyataan dari Agoda, pelancong tertarik dengan keindahan semula jadi Malaysia serta hospitaliti dan keramahan penduduk tempatan. Begitu juga dengan kepelbagaian etnik dan sajian menaikkan lagi populariti tanah air ini di serata dunia.

Mengikut tinjauan itu juga, mercu tanda Kuala Lumpur seperti Menara Berkembar Petronas, bangunan-bangunan bersejarah serta penempatan ikonik seperti Kampung Baru menjadi tonggak utama untuk menarik minat pelancong luar dan dalam negara datang ke kota raya ini.

Sudah tentu, dengan kedudukan Malaysia sebagai salah satu destinasi paling popular di Asia, pelancongan domestik juga memainkan peranan penting sebagai pelancongan popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kedudukan bandar yang sering dilawati pelancong di Malaysia:

1. Kuala Lumpur
2. Pulau Pinang
3. Melaka
4. Johor Bahru
5. Kota Kinabalu
6. Ipoh
7. Cameron Highlands
8. Kuching
9. Kuantan
10.Langkawi

Kami juga sudah menyenaraikan beberapa lokasi yang wajib anda kunjungi di sekitar Malaysia. Jika anda lebih suka meneroka alam semula jadi di sekitar Malaysia, anda boleh ke pautan ini dan ini.

Manakala Thailand dan Indonesia adalah destinasi yang popular bagi rakyat Malaysia melancong ke luar negara. Anda boleh pergi ke carian yang terdapat di laman MakanLena ini dengan kata kunci “Thailand” dan “Indonesia” untuk mencari destinasi atau tips ke negara tersebut.

Sumber: Malay Mail