Malaysia Pertaruh Durian Kerana ‘Kegilaan’ China

malaysia pertaruh durian
Sumber: The Japan Times

Durian yang menerima jolokan Raja Buah dijangka menjadi eksport utama Malaysia berikutan permintaan tinggi buah itu di China. Negara-negara Asia Tenggara juga tidak melepaskan peluang untuk membangunkan beribu-ribu ekar tanah menamam pokok durian disebabkan permintaan tinggi yang berlaku di negara China.

malaysia pertaruh durian
Sumber: China Daily

Permintaan tinggi buah yang dianggap berbau pelik itu turut dijadikan sebagai perniagaan baharu kepada jutawan dan syarikat pengeksport minyak kelapa sawit. Susulan itu, kerajaan Malaysia menggalakkan pertanian secara besar-besaran untuk ladang durian yang mana bakal menaikkan 50 peratus untuk mengeksport buah itu menjelang 2030.

Industri durian kini beralih daripada pertanian tempatan kepada peringkat global atas permintaan yang tinggi dari China. Seorang perunding industri durian menyatakan pada awalnya dusun durian di Malaysia hanyalah sekadar dusun untuk makanan tempatan rakyat Malaysia, tetapi kini ia diperbanyakkan lagi ladang untuk pasaran China.

Walaupun buah durian diharamkan di beberapa negara seperti di kawasan lapangan terbang, pengangkutan awam dan hotel kerana bau tajamnya, tetapi tidak kepada rakyat China. Di sana, pelbagai jenis makanan diperbuat daripada durian seperti pizza durian, mentega, salad dan susu durian.

Di China, terdapat sebuah kedai makanan yang mana menu istimewanya pizza durian menerima hampir setiap pelanggan memesannya setiap hari terutama pada waktu makan tengah hari. Salah seorang pelanggan di situ berkata pada awalnya dia juga tidak suka dengan buah durian kerana baunya yang pelik tetapi apabila sudah merasainya, terus berubah fikiran kerana rasanya yang berlemak dan enak.

malaysia pertaruh durian
Sumber: The Daily Meal

‘Kegilaan’ China terhadap raja buah itu, mereka membayar harga tinggi untuk buah durian jenis Musang King kerana tekstur yang berlemak dan manis. Malaysia pada masa kini menyumbang kurang daripada satu peratus dalam mengeksport buah durian tetapi menjangka pasaran ke China bakal melonjak kepada 22,061 tan pada tahun 2030 daripada 14,600 tan pada tahun ini.

Kini syarikat-syarikat perusahaan kelapa sawit negara mula membuka ladang durian di tanah kelapa sawit kerana dilihat ia bakal menjadi kepentingan dalam industri durian. Salah sebuah syarikat swasta yang baharu ditubuhkan sedang membangunkan estet durian seluas 10, 000 ekar kerana melihat potensi industri durian dengan menyasarkan pembelinya dari negara China.

Walaubagaimanapun, ledakan perladangan durian bakal menimbulkan kebimbangan terhadap alam sekitar kerana pembasmian hutan secara besar-besaran seperti yang berlaku terhadap industri minyak kelapa sawit.

Sumber: Malaysia Kini