Malu Kuali Hitam Legam? Guna Cara Mudah Ini Untuk Bersihkan Kerak Jelaga

Sumber: Impiana

Belakang kuali yang hitam boleh menjadi bukti kekerapan seseorang itu memasak. Walaupun hakikatnya hitam jelaga pada kuali terlihat memualkan, namun ada pendapat mengatakan bahawa semakin tebal kerak tersebut, semakin sedap rasa masakan yang dihasilkan.

Tapi malulah kan kalau hanya reti memasak tapi tidak membersihkan kuali. Untuk bakal menantu, tak terasa nak tunjuk skill pada mak mentua ke?

Apa kata cuba cara yang kami berikan di bawah ini:

1. Asam Keping

Rebus beberapa keping asam keping sehingga mendidih. Rendam kuali selama empat hingga lima minit. Angkat kuali dan biarkan sebentar sebelum disental menggunakan sabun dan berus dawai.

Tip: Semasa menyental, kurangkan penggunaan air.

Petua Bersihkan Kuali
Sumber: Bukalapak

2. Sabun mandi

Sabun mandi jenis buku bukan hanya digunakan sebagai alat mandian sahaja tau. Menjadi bahan rahsia mengilatkan kuali, sabun mandi dilumurkan pada permukaan kuali yang kemudiannya disental dengan menggunakan penyental aluminium kasa.

Tip: Gunakan berus dawai halus sekiranya mahu mengilatkan kuali.

Petua Bersihkan Kuali
Sumber: Tips Perawatan Cantik

3. Soda bikarbonat

Basahkan kuali dan tabur dua sudu makan soda bikarbonat. Kemudian berus kuali tanpa menggunakan air yang banyak (agak-agak basah sahaja). Gosok dan teruskan menggosok sehinggalah kesan jelaga hitam hilang.

Tip: Kalau nak rendam kuali dengan larutan soda bikarbonat pun boleh.

Petua Bersihkan Kuali
Sumber: Keluarga

4. Garam kasar

Rebus air bersama larutan garam kasar sehingga mendidih. Tutup api dan rendam kuali anda sebelum memulakan sentalan berus.

Tip: Kalau kerak hitam tebal, boleh gunakan senduk kayu.

Petua Bersihkan Kuali
Sumber: Pen Hitam

5. Air berkarbonat

Rendam kuali anda ke dalam bekas berisi air berkarbonat selepas dua jam. Kebiasaannya kerak tersebut akan tertanggal dengan sendirinya. Selepas itu bolehlah sental sekuat hati sampai kuali anda berkilat.

Tip: Coca Cola boleh menggantikan larutan pencuci tandas.

Petua Bersihkan Kuali
Sumber: Santau Web

Mudah sahaja sebenarnya kan nak bersihkan kuali yang hitam. Bolehlah cuba dan jangan lupa kongsikan hasil pembersihan kuali anda kepada kami di MakanLena ya.

Tak tahu nak kemana cuti nanti? Jom ajak rakan-rakan buat lawatan ke kawasan semula jadi dalam Malaysia.

5 Tempat Alam Semulajadi Unik Di Malaysia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

5 Tempat Alam Semulajadi Unik Di Malaysia Yang Wajib Dikunjungi

Menarik betul! Mana yang anda dah pernah sampai?

Posted by MakanLena on Sunday, December 16, 2018