MAS Tawar Potongan Harga Sempena Jualan Akhir Tahun

MAS potongan harga
Sumber: Kosmo

Sempena Jualan Akhir Tahun 2018, syarikat penerbangan MAS menawarkan potongan harga sehingga 15 peratus untuk pemilihan tempat duduk.

MAS potongan harga
Sumber: Malaysia Freebies

Tawaran berkenaan bermula 12 November hingga 16 November untuk perjalanan pada tarikh yang sama sehingga 31 Oktober 2019. Diskaun juga diberikan untuk bagasi tambahan dan akses ke Golden Lounge KLIA iaitu sebanyak 20 peratus.

Ignatius Ong, Ketua Pegawai Perolehan Malaysia Airlines menyatakan mereka turut menawarkan diskaun tambahan 20 peratus untuk kombo tambahan bagasi 10kg dan pemilihan tempat duduk atau akses ke lounge. Pelanggan juga akan menikmati pengalaman premium dengan tawaran elaun bagasi 40kg untuk Kelas Perniagaan dan 30kg untuk Kelas Ekonomi bagi laluan antarabangsa serta 20kg bagi laluan domestik.

Pelanggan yang menempah penerbangan melalui MAS untuk tempoh Jualan Akhir Tahun itu, berpeluang memenangi sepasang tiket Kelas Perniagaan ke Tokyo melalui peraduan MHinsure. Caranya, anda perlu ke laman peraduan ini dan jawab tiga soalan mudah yang diberikan sebelum 16 November.

MAS potongan harga
Sumber: Business Traveller

Jadi, jangan lepaskan peluang anda menempah tiket penerbangan harga runtuh untuk rancangan melancong anda pada tahun hadapan!

Untuk info lanjut, layari di malaysiaairlines.com

Sumber: Berita Harian