Masjid Menyerupai Mercu Tanda Rusia

masjid serupa mercu tanda rusia
Sumber: FMT

Masjid Lapan Kubah di Kampung Lapan Kotak di Jerteh, Terengganu menerima jolokan sebagai Masjid Rusia kerana seni binanya menyerupai salah satu mercu tanda Rusia, St Basil’s Cathedral kini menjadi tarikan orang ramai.

masjid serupa mercu tanda rusia
Sumber: Russia Beyond

Masjid ini dicetuskan pembinaannya oleh Anggota Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh kira-kira enam tahun lalu, terletak di kawasan sawah padi di tengah-tengah kampung kini merupakan antara masjid ikonik yang menjadi tumpuan penduduk di dalam dan luar negeri.

Kewujudan masjid yang menyerupai tempat beribadat termasyhur di Rusia menaikkan nama kampung yang kurang dikenali sebelum ini apabila mula digunakan ketika menunaikan solat AidilFitri tahun lepas. Dikatakan ada yang sanggup datang dari luar negeri bukan sekadar untuk melihat keunikan seni bina masjid dengan kombinasi warna kubah berwarna-warni malahan dengan niat untuk turut solat di masjid itu.

Dahulunya kawasan Masjid Lapan Kubah itu pada asalnya merupakan masjid kayu yang berusia 100 tahun dan usang. Kemudian dibina masjid berwajah baharu dengan kos pembinaan sebanyak RM4 juta menerusi derma orang ramai.

Ia dibina sepenuhnya menggunakan 100 peratus tenaga dan arkitek tempatan, boleh menampung 500 jemaah pada satu-satu masa. Kini pembinaanya hanya tinggal 5 peratus sahaja lagi yang belum siap sepenuhnya iaitu di bahagian kolah tempat berwuduk dan sebahagian bumbung bahagian hadapan masjid.

Keunikan seni bina masjid ini mendapat reaksi positif daripada kalangan generasi muda di kampung itu yang menyifatkan hasil gabungan reka bentuk klasik dan kontemporari. Melalui pembinaan masjid baharu di kampung itu, pihak pengurusan masjid tidak bimbang lagi hal berkaitan keluasan masjid untuk menampung para jemaah.

Pengurusan masjid juga bercadang untuk membuat satu sudut khas bagi menempatkan info dan bahan yang menampilkan sejarah awal masjid lama. Selain itu, turut dipamerkan beduk berusia lebih 50 tahun yang digunakan untuk memanggil orang kampung setiap kali waktu solat.

masjid serupa mercu tanda rusia
Sumber: FB Lensa Muar
masjid serupa mercu tanda rusia
Sumber: FB Lensa Muar
masjid serupa mercu tanda rusia
Sumber: FB Lensa Muar

Sebelum ini, Terengganu juga memiliki keunikan seni bina masjid iaitu Masjid Kristal di Kuala Terengganu. Masjid Lapan Kubah ini bakal menjadi tarikan baharu pengunjung sekali gus membantu produk pelancongan Islam di Terengganu.

Sumber: New Straits Times