McDonald’s Dedah Resipi Rahsia Ayam Goreng Untuk Anda Buat Sendiri Di Rumah

Resipi Rahsia Ayam Goreng McD

Ramai yang mengakui kelazatan dan kerangupan ayam goreng daripada rangkaian makanan segera terkemuka, McDonald’s.

Resipi sesuatu menu restoran sebenarnya adalah maklumat sulit, tetapi adakalanya restoran berkongsi resipi terbaik mereka.

Jika sebelum ini ramai yang mencuba resipi ayam goreng McD agar sama seperti resipi asal, kali ini McDonald’s cawagan di Indonesia berkongsi resipi mereka buat pertama kali untuk peminatnya buat sendiri di rumah.

Memandangkan pandemik COVID-19 tidak menunjukkan tanda-tanda untuk hilang, McDonald’s Indonesia bermurah hati untuk berkongsi resipi ayam goreng melalui hantaran story di Instagram rasminya [email protected]

Resipi Rahsia Ayam Goreng McD

Mahu mencuba? Ini resipinya

Bahan-bahan:

Bahan utama:
Ayam
Air ais
Minyak

Bahan adunan basah:
Tepung gandum
Tepung jagung
Susu tepung
Baking soda
Serbuk lada hitam
Garam
Telur (ambil kuning telur)
Air

Bahan adunan kering:
Tepung gandum
Tepung jagung
Baking soda
Serbuk stok ayam/ pati ayam
Serbuk bawang putih
Garam

Cara membuat:

1. Sediakan adunan basah.

Campurkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, baking soda, serbuk lada hitam dan garam dalam mangkuk. Kemudian masukkan kuning telur dan gaul rata. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil adun sebati sehingga mencapai konsistensi yang diinginkan.

2. Sediakan adunan kering dalam mangkuk yang berlainan. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, baking soda, serbuk pati ayam, serbuk bawang putih dan garam halus.

3. Sediakan ayam yang dicampurkan dengan garam dan serbuk lada.

4. Ambil kepingan ayam tadi dan salut ke dalam mangkuk adunan campuran kering. Kemudian celup pada adunan basah pula. Seterusnya, salut ayam ke dalam adunan kering tadi sekali lagi.

5. Celupkan ayam ke dalam air ais dan ulangi proses salutan ayam sekali lagi dalam campuran basah dan campuran kering.

6. Sediakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Goreng ayam hanya apabila minyak betul-betul panas. Goreng sehingga ayam kelihatan coklat keemasan.

7. Sedia untuk dimakan panas-panas!

*Kalau nak lebih pedas, boleh tambah serbuk cili.

Selain McDonald’s, IKEA turut mendedahkan resipi meatball popular mereka. Klik di sini untuk melihat resipinya.

Sumber: The Jakarta Post