Meghan Galakkan Putera Harry Jadi Seorang Vegan

Meghan galak Harry jadi vegan
Sumber: Daily Express

Sejak Putera Harry berkahwin dengan bekas aktres Amerika Syarikat, Meghan Markle, salah seorang kerabat Diraja mendedahkan Putera Harry kini sedang menjalani kehidupan lebih sihat dengan mengurangkan makan daging dan lebihkan buah-buahan serta sayur-sayuran.

Dikatakan Meghan seorang pencinta haiwan dan mengikuti diet vegan sepanjang minggu tetapi hidangan ayam kegemarannya akan dinikmati pada hujung minggu. Melihat pada itu, dia juga mahu mendisiplinkan Putera Harry untuk kurang makan daging dan mengubah tradisi Diraja pergi memburu.

Aktiviti memburu merupakan tradisi Diraja England. Putera Harry sudah melakukan aktiviti berburu sejak berumur 12 tahun lagi.

Meghan galak Harry jadi vegan
Sumber: Youtube

Meghan kurang senang apabila mendapat tahu Putera Harry mengambil bahagian memburu babi hutan di Jerman pada tahun lepas. Meghan juga kecewa apabila memikirkan tentang aktiviti berburu suaminya yang dia rasa ia lebih kepada membunuh binatang yang tidak bersalah.

Demi menghormati pendirian isterinya, Putera Harry tidak akan mengambil bahagian dengan acara tahunan memburu kerabat Diraja walaupun pada hakikatnya Putera Harry sangat suka memburu.

Manakala bagi pihak The Vegan Society, mereka gembira Meghan telah memujuk Putera Harry untuk tidak mengambil bahagian berburu untuk acara Royal Christmas. Katanya lagi, sesuatu tradisi bagi setiap negara adalah sangat penting namun jika ia membabitkn pembunuhan yang tidak masuk akal, mereka seharusnya tidak meneruskannya.

“Vegan atau tidak, kebanyakan orang Britain tegas menentang aktiviti pemburuan haiwan dan kami berharap dapat melihat kerabat Diraja menjadi contoh dan berhenti mengambil bahagian dengan aktiviti kejam ini.”

Sumber: The Sun