Melaka Mahu Pelancong Menginap, Tidak Hanya Melancong

Pelancong Meginap Melaka
Sumber: Tripsavvy

Rata-rata yang berkunjung ke Melaka disebabkan pelbagai jenis makanan yang popular di sana. Kebanyakan mereka yang berkunjung ke Melaka tidak lebih daripada sehari lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di Lembah Klang.

Berikutan itu, kerajaan Melaka mencari kaedah terbaik bagi menarik lebih ramai kedatangan pelancong ke Melaka dan memilih untuk menginap di negeri bersejarah itu.

Menurut Pengerusi Majlis Penasihat Bandar Pintar Melaka, Khoo Poay Tiong, kebanyakan pelancong dari dalam dan luar negara lebih gemar memilih untuk balik hari dan tidak bermalam di sini.

 Pelancong Meginap Melaka
Sumber: Tourism Malaysia

“Kita perlu melihat semula produk-produk pelancongan sedia ada yang boleh dinaik taraf dan memikirkan pakej-pakej lebih menarik bagi memastikan pelancong yang berkunjung ke Melaka dapat tinggal lebih daripada sehari,” katanya.

Berdasarkan kajian purata penginapan berbayar oleh Tourism Malaysia (TM) jumlah penginapan hotel di negeri ini untuk tempoh Januari hingga September 2018 bagi pelancongan domestik dan antarabangsa adalah seramai 3.3 juta.

Tahun lepas sekitar 4.8 juta pelancong menginap di hotel sedangkan jumlah kehadiran pelancong ke negeri itu adalah seramai 17 juta.

Kerajaan negeri akan mengambil pendekatan untuk mengadakan pertemuan dengan pengusaha industri pelancongan beberapa negara khususnya dari China bagi memperkenalkan pakej menarik yang boleh memastikan pelancong tinggal lebih lama di negeri itu di samping menambaik aplikasi pelancongan sedia ada.

Penginapan mana yang menarik dan berbaloi jika berkunjung ke Melaka?

Sumber: Astro Awani