Melihat Syed Saddiq Belajar Jadi Suami Mithali, Ramai Wanita Tawar Diri Jadi Isteri

Ramai Mahu Jadi Isteri Syed Saddiq

Melihat Syed Saddiq Belajar Jadi Suami Mithali, Ramai Wanita Tawar Diri Jadi Isteri

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara ahli politik yang mempunyai aplikasi terkenal dalam kalangan pengguna muda iaitu TikTok.

Bagaimanapun, pengisian video TikTok bekas Menteri Belia dan Sukan itu langsung tidak melibatkan hal-hal yang berkaitan politik.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Muar itu mencuri perhatian ramai apabila berkongsi tip-tip bagaimana menjadi suami mithali (how to be a good husband!)

Syed Saddiq Belajar Jadi Suami Mithali

Menerusi laman sosial Instagram, Syed Saddiq berkongsi video tersebut yang diambil menggunakan aplikasi TikTok untuk tatapan umum.

“Musim Parlimen kembali dan inilah saya mendengar nasihat paling penting daripada dua adiwira wanita Malaysia. Ok, saya bersedia!” tulis Saddiq menerusi ruangan kapsyen.

Perkongsian berdurasi kurang 30 saat itu memperlihatkan Syed Saddiq mengambil nasihat rumah tangga daripada Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin.

Antara beberapa nasihat menjadi suami terbaik yang diberikan adalah selalu berkongsi kerja rumah, bantu isteri menjaga anak-anak, jangan menggunakan keganasan dalam rumah tangga dan jangan biarkan isteri bercakap seperti Doraemon.

Tinjaun di ruangan komen memperlihatkan rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian tip-tip tersebut.

Bukan itu sahaja, ada yang di antara mereka menawarkan diri untuk menjadi peneman hidup kepada ahli parlimen muda itu.

Ramai Mahu Jadi Isteri Syed Saddiq

“Such a husband material ya YB ni,”

“Haha saya dah kahwin la YB, jadi menantu saya nak ke?” usik seorang netizen.

“Dah bersedia, adakah ini hint untuk tamatkan zaman bujang?”

“Dear future husband.. EH!”

Sehingga kini, video tersebut telah mencecah 400,000 tontonan daripada warga Instagram.

Kepada anda yang berangan untuk bergelar isteri, sudah bersediakah dengan mental untuk menjadi suri rumah?

Setiap fasa kehidupan pasti ada cabarannya, samalah apabila anda bakal memasuki fasa rumah tangga.

Kita pastinya mahu bertahan dalam membina rumah tangga. Untuk itu, anda boleh membaca tip EBOOK ‘SURI RUMAH BANGKIT HUTANG 1/2 JUTA SELESAI’.

Sumber: Gempak