Mempunyai Fesyen Tersendiri, Cik B Dedah ‘OOTD’ Berharga RM118,000

OOTD Cik B RM118,000
Sumber: Twitter

Mempunyai Fesyen Tersendiri, Cik B Dedah ‘OOTD’ Berharga RM118,000

‘Wow!’ Itu mungkin ekspresi pertama apabila anak kepasa usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B mendedahkan nilai pakaian yang digayakan di laman sosial Twitter rasminya.

Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin mendedahkan outfit of the day (OOTD) yang bernilai lebih RM100,000 – bermula dari perhiasan atas iaitu topi yang digayakan hinggalah kasut.

Pada awalnya, Cik B telah berkongsi gambarnya bergaya dengan baju kemeja warna biru di laman Twitter dan Instagram. Ramai netizen mula berteka-teki dengan harga dan nilai setiap barangan yang diperagakan Cik B.

OOTD Cik B RM118,000
Sumber: Twitter

Daripada netizen terus berteka-teki, Cik B tampil menjelaskan nilai setiap barangan yang dipakai olehnya. Pastinya, semua barangan yang diperagakan mempunyai jenama yang gah.

Topi TNTCO – RM160.00
Cincin Gucci – RM5,500
Jam tangan Omega – RM85,000
Beg tangan Louis Vuitton – RM13,000
kasut Nike Air – RM1,300
Cincin emas – RM13,500

OOTD Cik B RM118,000

Apabila dicampurkan, kesemuanya mencecah sehingga RM118,460! Kebanyakan netizen tergamam dengan pendedahan Cik B, ada sebahagian daripada mereka yang menyatakan bahawa harga cincin Cik B menyamai harga motosikal mereka.

Anak Datuk Seri Vida ini sering menjadi tumpuan media sosial kerana memiliki aura tersendiri. Baru-baru ini juga, Cik B telah memulakan kariernya sebagai pelakon menerusi drama Lelaki Lingkungan Cinta yang akan ditayangkan menerusi slot Lestary di TV3.

Walaupun masih muda, Cik B juga membuka perniagaan jenamanya sendiri iaitu HoW T Cik B (bubble tea) dan Salted Egg Salmon.

Melihat apa yang dikecapi Cik B, buatkan kita juga ingin mempunyai perniagaan tersendiri atau lebih tepat produk sendiri.

Ramai orang fikir amat susah untuk membuat produk sendiri atas beberapa halangan. Tapi itu bukan penyebab untuk impian anda terhalang.

Jika anda tak tahu nak mula dari mana, boleh memiliki e-book ‘Mudahnya Menjadi Owner Produk’ oleh Hafiz Mansor. Ebook ini merupakan panduan dan ilmu bagaimana cara menghasilkan produk kosmetik jenama sendiri sebelum menjana jutaan ringgit.

Untuk ketahui lebih lanjut dan membuat pembelian, boleh klik di sini.