Menara Teruntum Dinamakan Semula Sebagai Menara Kuantan 188

Bakal menghiasi Kuantan sekitar Oktober ini, Menara Teruntum yang merupakan monumen pelancongan bertaraf antarabangsa dinamakan semula sebagai Menara Kuantan 188.

Menara Teruntum Kuantan

Dengan ketinggian 180 meter, pengunjung boleh menikmati pemandangan 360 darjah bandar Kuantan serta Sungai Kuantan dari menara ini.

Sudah siap dibina hampir 85%, Menara Kuantan 188 bakal menjadi menara yang paling tinggi di Pantai Timur Semenanjung menawarkan pelbagai keseronokan kepada pengunjung antaranya terjunan lelabah, skywalk dan kafe.

Terletak di tepi SungaiĀ  Kuantan, menara yang berdekatan dengan Laut China Selatan ini turut menyediakan pelantar pemerhati terbuka pada ketinggian 104 meter dari aras tanah.

Gambar-gambar Menara Teruntum Kuantan oleh sharulnizam@gmail.com

Merupakan menara ketiga tertinggi di Malaysia selepas Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur dan Menara Exchange 106, menara ini dijangka akan memberikan kesan kepada penambahan pelancong di lokasi tarikan lain yang berdekatan seperti Taman Kerang, Taman Esplanade, Mini Zoo Teruntum dan Bandar Diraja Pekan.

Sumber: Berita Harian, Harian Metro