Mendapat Satu Juta Tontonan, Ini Cara Buat Aiskrim Milo Guna 3 Bahan Sahaja

Aiskrim Milo 3 Bahan
Sumber: Youtube

Dalam banyak-banyak aiskrim yang diolah, aiskrim Milo paling banyak orang buat kerana keenakan perisa minuman bercoklat itu.

Tidak dinafikan, memang banyak resipi aiskrim Milo ditularkan tetapi pada kali ini kami ingin kongsikan resipi aiskrim Milo menggunakan Milo 3 In 1 (Milo stik). Hanya menggunakan 3 bahan, buka sahaja mudah tetapi lebih menyelerakan sama seperti aiskrim Milo sebenar!

Aiskrim Milo 3 Bahan
Sumber: Youtube

Bahan-bahan:

5 paket Milo 3 In 1
300ml susu cair atau susu segar
100ml susu pekat manis

Cara membuat:

1. Campurkan susu segar dan susu pekat manis dalam bekas, kemudian isikan juga 5 paket Milo 3 In 1 (paket Milo itu jangan dibuang).

2. Kacau rata kesemuanya. Kemudian susun paket Milo tadi di dalam bekas untuk tegakkan paket itu supaya mudah isikan cecair Milo tadi.

3. Setelah isikan cecair Milo ke dalam semua paket, letakkan setiap paket tersebut dengan batang ais krim.

4. Bekukan selama 5 jam. Setelah aiskrim membeku, buka paket aiskrim tadi dan hiaskan dengan lelehan coklat untuk nampak lebih menyelerakan!

Untuk tahu lebih lanjut, boleh menonton di sini.

Selamat mencuba!

 

 

Musim macam ini memang sesuai sangat kalau nak bercuti di Tandom Hills.

MakanLena: Tadom Hills, Banting

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.