Menurut Kajian, Daging Tidak Akan Datang Daripada Sumber Haiwan Menjelang 2040

daging bukan dari sumber haiwan
Sumber: Flipboard

Daging merupakan makanan utama penduduk dunia kecuali bagi mereka yang mengamalkan pemakanan vegan. Daging dikategorikan dalam protein yang diperlukan untuk manusia bagi membina sel baru atau menggantikan sel yang rosak.

Bercakap tentang daging, rata-rata akan mengaitkan dengan daging lembu dan kambing. Walaupun harga daging sedikit mahal daripada bahan mentah yang lain, namun ia tidak menghalang orang ramai untuk menikmatinya terutama ketika musim perayaan di Malaysia.

Menurut laporan perunding global, AT Kearney, masyarakat semakin prihatin terhadap pengeluaran daging konvensional dan mengenai kebajikan haiwan tersebut.

Oleh itu, kebanyakan daging yang akan dimakan pada tahun 2040, bukan datang dari sumber haiwan. 60% sumber makanan ini akan digantikan dengan produk yang berasaskan tumbuhan yang kelihatan mirip dan mempunyai rasa seakan-akan daging.

daging bukan dari sumber haiwan
Sumber: Insider

Industri daging konvensional melibatkan berbilion-bilion haiwan yang diproses bagi mendapatkan daging dalam masa setahun. Justeru, orang ramai sudah mula prihatin terhadap perkara ini dan menganggap ternakan seperti itu tidak perlu dilakukan secara besar-besaran.

Hampir separuh daripada tanaman dunia diberikan kepada ternakan, tetapi hanya 15% kalori tumbuhan yang diperolehi oleh manusia melalui daging. Melalui laporan tersebut, penggantian daging pada 2040 pastinya akan mengekalkan tiga perempat kalori melalui pemakanan daging yang dijana melalui tumbuhan itu.

daging bukan dari sumber haiwan
Sumber: Dairy and Farm

Menjelang 2040, dianggarkan 35% daripada semua daging akan dibiakkan dan 25% akan menggantikan vegan. Anggaran ini menunjukkan kecekapan alternatif yang lebih besar daripada daging konvensional seperti yang kita nikmati pada hari ini.

Sekarang ini pun, sudah banyak restoran perkenalkan makanan dari sumber protein berasaskan tumbuhan bagi menggantikan daging.

Sumber: The Guardian