MR.D.I.Y Tawar 1,000 Durian Percuma Kepada Pelanggan Setia

1,000 Durian Percuma MR. DIY

Berita baik kepada pelanggan setia Mr.D.I.Y, kedai runcit perkakas rumah terbesar di Malaysia menawarkan 1,000 durian percuma demi meraikan Hari Durian anjuran MR.D.I.Y sempena pembukaan rasmi cawangan mereka ke-532 di Pandan Jaya, Cheras.

Pelanggan hanya perlu membuat pembelian mana-mana produk berjumlah RM30 atau lebih dalam satu resit di cawangan baharu itu pada 17 Ogos dan 18 Ogos 2019 (Sabtu dan Ahad).

Hari Durian ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif MR.D.I.Y untuk mempromosikan kempen Promosi Poket Selamat 5.0 di seluruh negara, yang menawarkan produk jualan terbaik MR.D.I.Y pada diskaun 30% sehingga 31 Ogos 2019.

1,000 Durian Percuma MR. DIY

Mengambil kesempatan daripada musim durian kali ini, Naib Presiden Pemasaran MR.D.I.Y Andy Chin berkata, “Ini adalah kali pertama MR.D.I.Y menganjurkan acara menarik seperti ini untuk pembukaan cawangan baharu. Kami mengambil kesempatan daripada musim durian ini untuk meraikan pembukaan gedung kami yang ke-532 bersama pelanggan dengan memberikan 1,000 durian percuma dalam masa dua hari, kerana kami bertekad untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka dengan menawarkan produk berkualiti pada harga terendah.”

Jangan lupa kunjungi cawangan MR.D.I.Y. Pandan Jaya, Cheras, beli produk dan makan durian secara percuma! Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman rasmi MR.D.I.Y.

 

Percutian berbaloi bersama keluarga.

Percutian Eksklusif Di Laguna Redang Island Resort, Terengganu

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.