Murtabak Cicah Sirap Bawang Atau Kuah Kari, Mana Satu Pilihan Anda?

murtabak

Hari pertama puasa setiap tahun pastinya akan dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam diseluruh Malaysia malah seluruh dunia. Kebiasaannya, murtabak akan menjadi salah satu juadah wajib ada dijual di bazar-bazar berdekatan dengan anda bukan?

Jika anda mengikuti isu-isu semasa di laman sosial terutamanya Twitter, pasti anda tahu mengenai pertelingkahan antara gabungan pencicah murtabak dan sirap bawang atau murtabak dan kari. Isu ini menjadi viral dalam kalangan pengguna Twitter sehingga ada undian untuk menentukan gabungan hidangan tersebut. Sehingga kini murtabak dan kari masih mendahului dan menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Kalau anda hendak join undian ini, tekan di sini. Mungkin anda boleh cuba gabungan murtabak dan kari atau murtabak dan sirap bawang untuk berbuka puasa petang nanti di bazar-bazar yang berdekatan dengan anda. Mana satu pilihan anda?

1 Trackback / Pingback

  1. Tips Kupas Bawang Putih Dengan Pantas Like A Boss

Comments are closed.