Nak Lari Dari Kesibukan Kota? Ini 7 Lokasi Menarik Yang Boleh Anda Kunjungi Di Perlis

Sebut sahaja negeri Perlis, pasti yang terbayang di fikiran adalah kawasan alam semula jadi seperti gua dan pantai yang tenang dan jauh dari kebisingan kota. Menjadi satu-satunya negeri yang boleh menghasilkan raja mangga atau harumanis, Perlis terkenal dengan keunikannya yang tersendiri.

Boleh menjadi lokasi untuk mereka yang ingin lari dari kesibukan dan kebisingan kota, ini tujuh lokasi menarik yang boleh anda kunjung semasa berada di Perlis.

1. Masjid Terapung Al-Hussain

Dibina dengan batu jenis coral, granit, pebbles, marmar dan kuartz dengan kos RM12 juta, masjid ikonik ini memang merupakan salah satu tempat wajib singgah terutamanya bagi mereka yang ingin menyaksikan pemandangan matahari terbenam.

Tempat Menarik Perlis 7

Lokasi yang menghadap Selat Melaka menyebabkan pemandangan masjid ini menjadi sangat menakjubkan terutamanya pada waktu senja.

2. Arked Pasar Padang Besar

Terletak kira-kira 30 hingga 40 minit dari Bandar Kangar dan bersempadan dengan Thailand, Arked Pasar Padang Besar terkenal dengan lambakan barangan makanan dan pakaian yang dijual dengan harga yang murah kerana kawasannya yang terletak di kawasan bebas cukai.

Tempat Menarik Perlis 6

Antara barangan yang sering menjadi pilihan pengunjung ialah kraftangan, periuk belanga, pes tomyam dan buahan segar.

3. Pintu Wang Gunung

Untuk mereka yang gemarkan aktiviti mendaki gunung, Pintu Wang Gunung adalah destinasi wajib untuk anda kunjungi. Dengan ketinggian 500 meter, anda boleh melihat majoriti negeri Perlis termasuklah bahagian kawasan selatan Thailand.

Tempat Menarik Perlis 5

Tidak sesuai untuk kunjungan kanak-kanak, laluan Pintu Wang Gunung ini agak curam dan sempit dan boleh dicapai dengan pendakian sekitar dua ke tiga jam.

4. Kuala Perlis

Kuala Perlis terkenal dengan persinggahan mereka yang ingin bercuti ke Langkawi. Di Kuala Perlis, anda boleh mendapatkan makanan laut yang segar kerana di pekan ini jugalah terletaknya kediaman para nelayan.

Tempat Menarik Perlis 4

Selain itu, setiap tahun di Kuala Perlis akan berlangsungnya pesta air tradisional yang mana suasana dengan lebih meriah dengan pelbagai acara sukan air antaranya sukan lumba perahu.

5. Taman Rekreasi Tasik Melati

Terletak kira-kira 9km dari pekan Kangar, Taman Rekreasi Tasik Melati menyajikan kemudahan lengkap untuk pengunjung seperti platform jalan kaki ke tengah tasik, pondok rehat dan ruang letak kereta.

Tempat Menarik Perlis 3

Sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan berehat melepaskan penat sambil menikmati keindahan alam semula jadi, Taman Rekreasi Tasik Melati ini unik kerana binaannya melewati kawasan tengah tasik.

6. ATV Maneq Hills Adventure

Untuk anda yang gemarkan pengembaraan dalam hutan dengan menggunakan kenderaan bermotor, bolehlah ke Bukit Manik bagi merasai pengalaman menaiki ATV menyelusuri keindahan serta kehijauan Tasik Taman Lasoh.

Tempat Menarik Perlis 2

 

7. Ladang Burung Unta Perlis

Sangat sesuai dikunjungi keluarga terutama mereka yang mempunyai anak kecil, anda bolehlah lawati Ladang Burung Unta Perlis yang hanya terletak berdekatan Arked Niaga Padang Besar.

Walaupun tidak luas seperti Ladang Unta di Desaru, Johor, lokasi ini tetap menarik untuk dikunjungi terutamanya buat anak kecil yang pastinya teruja bertemu burung eksotik ini.

Tempat Menarik Perlis
Sumber: Helina Hani

Jadi selepas ini sebelum ke Langkawi, apa kata anda jelajah dahulu lokasi-lokasi menarik yang terdapat di Perlis antaranya yang disenaraikan dalam senarai tujuh di atas.

Selamat bercuti!

 

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

View this post on Instagram

RAMBO Last Blood 19 September 2019 🥊🥊🥊 . @officialslystallone aka John Rambo kembali! Siapa peminat filem Rambo pasti ternanti-nanti francais filem Rambo seterusnya. Sebab RAMBO paling Lejen, paling Power, paling Berbisa. Pantang Dicabar! 💥💥💥 . Tahukah anda, francais filem @rambomovie ini adaptasi novel 1972 oleh penulis David Morrell bertajuk First Blood. Sylvester Stallone menulis skrip untuk semua lima filem, dan mengarah filem Rambo keempat. Malah, kartun animasi Rambo pun ada. Permainan video juga ada. Siapa pernah main game Rambo? High five sket! 👋👋👋 . 1. First Blood (1982) 2. Rambo: First Blood Part II (1985) 3. Rambo III (1988) 4. Rambo (2008) 5. Rambo: Last Blood (2019) . RAMBO LAST BLOOD Menggegarkan pawagam bermula Khamis 19 September minggu hadapan! Teruja nak tonton aksi luar biasa Rambo dan apakah cabaran kali ini? Ayuhhhh 🔥🔥🔥 . #RamboMY #Rambo #rubydotmy #malaysialifestyleblogger

A post shared by Malaysia Lifestyle Blogger (@rubydotmy) on