Nasi Ayam Terbaik Di Shah Alam

Nasi Ayam

Nasi Ayam merupakan salah satu hidangan yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Berita baik buat anda yang berada di Shah Alam, anda wajib cuba nasi ayam di CRG Chicken Rice Guys.

Kedai yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam ini bukan sahaja menjual nasi ayam tetapi juga hidangan lain seperti Nasi Itik Panggang, Mee Kicap Special dan Mee Kari Special.

Keenakan hidangan disini tidak dapat disangkal lagi. Buktinya kedai ini sentiasa dipenuhi dengan pelanggan tak kira bangsa. Tambah pula dengan lokasi kedai tersebut yang berdekatan dengan institusi pendidikan seperti UNISEL dan UiTM. Anda mungkin perlu menempah meja lebih awal jika anda hendak berkunjung ke sana. Selamat mencuba!