Nasi Dipanaskan Semula Boleh Sebabkan Keracunan – KKM

Nasi Panaskan Semula Racun
Sumber: Businessinsider

Sudah menjadi kelaziman orang kita menyimpan lebihan nasi semalam untuk digunakan semula pada keesokannya. Berapak kerapkah anda memanaskan semula nasi?

Tahukan anda, nasi yang dipanaskan semula untuk dimakan boleh menyebabkan keracunan makanan. Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) Putrajaya, ia bukan kerana pemanasan semula nasi tersebut namun cara nasi itu disimpan sebelum dipanaskan.

“Nasi yang ditinggalkan dalam suhu bilik lebih 4 jam menyebabkan spora yang ada dalam nasi itu aktif semula,” tulis KKM di laman Twitter.

Semakin lama nasi dibiarkan, semakin banyak racun yang dihasilkan. Justeru, lebih selamat jika anda tidak memanaskan nasi berkali-kali kerana nasi yang sejuk menyebabkan spora semakin bertambah banyak.

Nasi Panaskan Semula Racun
Sumber: Justonecookbook

Menerusi kenyataan itu lagi, nasi yang sudah berlendir dan berbau tidak boleh dimakan.

“Sebab itu penting untuk kita menitik beratkan penyimpanan makanan.”

Apa yang anda perlu buat, makanan lebihan yang telah dimasak mesti disimpan dalam peti sejuk dalam bekas yang tertutup.

Lebihan nasi itu, selain hidanga nasi goreng, anda juga boleh mencuba dengan pelbagai idea makanan di sini:

BACA: Ini 3 Idea Makanan Menggunakan Lebihan Nasi

Sumber: KKM Putrajaya