Nasi Goreng Strawberi Ahmad Maslan Buka Selera Netizen

Nasi Goreng Strawberi Ahmad Maslan

Jika sudah namanya Ahmad Maslan, buatlah apa sahaja pasti menjadi sebutan netizen. Ahli Parlimen Pontian ini memang terkenal dengan masakan-masakan beliau yang bukan sahaja unik, tetapi turut menyelitkan jenaka dan sindiran terhadap isu semasa di Malaysia.

BACA: Nasi Goreng Petai Ahmad Maslan, Hidangan Penutup Tahun 2018

Membuktikan kreativiti boleh dicurahkan dalam pelbagai bentuk, Ahmad Maslan tampil dengan resepi baru beliau iaitu Nasi Goreng Strawberi sempena peristiwa pilihanraya kecil kawasan Cameron Highland.

Nasi Goreng Strawberi Ahmad Maslan

Tidak susah katanya, hanya perlukan bahan seperti nasi, bawang, telur, ikan bilis, lada, sos cili, kobis, garam, minyak sawit dan strawberi yang dibelah dua. Yang paling penting buah strawberi tersebut didatangkan khas dari Cameron Highland.

Mendapat pelbagai respon daripada netizen, resepi Nasi Goreng Strawberi Ahmad Maslan ini turut menarik perhatian Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan bahawa masakan tersebut sebagai gross.

Tidak peduli dengan kecaman netizen, Ahmad Maslan mempunyai peminat masakannya yang tersendiri sehingga ada di antara mereka meminta agar beliau membukukan kesemua resepinya.

Nasi Goreng Strawberi Ahmad Maslan ini bukanlah yang pertama menggunakan buah tersebut sebagai bahan dalam masakan kerana di Cameron Highland hidangan berasaskan buah ini adalah biasa.

Banyak inovasi nasi goreng yang dibuat oleh YB Ahmad Maslan ni. Anda rasa layakkah beliau untuk digelar sebagai Bapa Inovasi Nasi Goreng? Apa-apa pun, YB memang pakar dalam menghiburkan netizen.

Bahayanya! Ada makanan yang boleh jadi racun bila dipanaskan semula.

6 Masakan Menjadi Racun Apabila Dipanaskan Semula

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.