Nene Chicken Lancar ‘Drive-Thru’ Pertama Di Sibu

Rangkaian restoran ayam segera dari Korea Selatan, Nene Chicken kini semakin mengembangkan jenama mereka setelah setahun menjalankan operasi di Malaysia. Tiga buah cawangan restoran Nene Chicken baru sahaja dibuka menyasarkan lokasi strategik yang menawarkan kepelbagaian urban iaitu:

1. Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur
2. Star Mega Mall, Sibu
3. Kiara 163, Kuala Lumpur

dav
dav

Baru-baru ini, Nene Chicken telah melancarkan konsep ‘Drive-Thru’ di cawangan restoran Star Mega Mall, Sibu. Cawangan ketujuh Nene Chicken tersebut dibina khas di kawasan luar pusat membeli belah bagi menyokong konsep ini dan menawarkan pengalaman membeli tanpa perlu bersesak di kaunter.

Sentiasa memegang teguh objektif penubuhan mereka, Nene Chicken sentiasa memastikan bahawa setiap orang di Malaysia mampu menikmati ayam goreng Korea yang dipopularkan menerusi drama, filem dan iklan-iklan dari Korea.

7. NeNe Chicken_Star Mega Mall, Sibu (3)

Nene Chicken bukan sahaja mengembangkan rangkaian restoran mereka, tetapi juga memperkenalkan dua tawaran sos dalam masa terhad iaitu Mala dan Hot Toppoki yang bersesuaian dengan cita rasa pedas masyarakat tempatan.

Orang di Sibu, senanglah selepas ini. Tak perlu beratur panjang-panjang dah. Lalu sahaja ikut ‘drive-thru’.

Rasa susah nak jumpa laksa sedap penuh isi ikan dekat KL? Jom ke Montelo

Review Bihun Sup & Laksa Utara Citarasa Montelo [#MLTapao – MakanLena]

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.