Nestle Lancar Produk Baharu Minuman Milo Tanpa Gula

Milo tanpa gula
Sumber: Rojak Daily

Milo merupakan salah satu minuman kegemaran susu bercoklat yang terkenal di seluruh dunia. Sering juga terpalit dengan kontroversi minuman yang mengandungi tinggi kadar gula.

Baru-baru ini, Nestle telah melancarkan produk terbaharu daripada Milo iaitu minuman “Milo UHT tanpa gula” di Thailand. Pelancaran itu juga sebagai sokongan kepada Kementerian Kesihatan Thailand bagi menggalakkan rakyatnya mengamalkan gaya hidup sihat.

Walaupun dilancarkan sebagai produk Milo tanpa gula, pengguna masih dapat merasakan sedikit rasa manis daripada susu dan malt.

Milo tanpa gula
Sumber: The Straits Times

Sebelum ini, Nestle telah menjual produk baharu itu di kedai serbaneka 7-Eleven Thailand dan akan melancarkan produk itu sepenuhnya pada Jun 2019 nanti. Minuman itu akan dijual pada harga 13 baht.

Syarikat Nestle memilih jiran negara kita untuk melancarkan produk Milo tanpa gula disebabkan oleh negara mereka merupakan pengeluar gula terbesar.

Justeru, kadar obesiti dan kencing manis semakin meningkat sejak beberapa tahun belakangan ini sehingga satu tahap kerajaan Thailand tidak mampu menampung kos perubatan.

Bagi membendung masalah itu, kerajaan Thailand telah memperkenalkan cukai gula pada tahun 2017 dengan harapan syarikat penggunaan gula terbanyak seperti Nestle dapat mengeluarkan minuman kurang gula atau tanpa gula bagi memerangi penyakit kencing manis.

Untuk pengetahuan anda, Malaysia juga bakal melaksanakan cukai gula pada Julai 2019.

Sumber: The Straits Times, WOB

 

Imbau kembali gaya ‘poyo’ Salt Bae yang pernah tular di media sosial.

13 Gaya ‘Poyo’ Salt Bae Dalam 3 Minit

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.