Oktober Ini Anda Boleh Ulang Alik Alor Setar & Ipoh-Johor Bahru Bersama AirAsia

airasia

Teringin nak makan nasi ganja di Ipoh? Atau, kesedapan mee rebus utara Restoran Mikamal di Kedah? Ataupun nak merasa kacang pool enak di Johor Bahru? Walaupun ketiga-tiga lokasi ini jauh, namun tidak lagi bila anda bersama AirAsia.

Ini kerana Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Bhd dijangka memulakan penerbangan dari Ipoh ke Johor Bahru dan Alor Setar ke Johor Bahru bermula pada 1 Oktober ini.

AirAsia

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Perak Tan Kar Hing, ini bakal memberi kesan positif kepada industri pelancongan di negeri Perak kerana dijangkakan bukan hanya rakyat Johor dapat menikmati fasiliti ini, malahan pelancong dari Singapura juga berpeluang untuk melawat Ipoh nanti.

Atas sebab laluan baru ini bakal memberikan trafik yang tinggi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Tan Kar Hing berkata kerajaan negeri Perak akan berusaha menaik taraf infrastruktur dan pusat maklumat di sini.

Tambahan lagi, AirAsia kini terbang sebanyak 16 destinasi yang berlepas dari Senai, Johor Bahru iaitu Bangkok, Jakarta, Surabaya, Ho Chi Minh, Guangzhou, Kuala Lumpur, Penang, Langkawi, Kuala Terengganu, Kuching, Miri, Sibu, Kota Kinabalu, Tawau, Alor Setar dan Ipoh.

Demi menyambut destinasi baru ini, harga promosi bernilai RM69 untuk penerbangan sehala dari Johor Bahru ke Alor Setar dan RM59 dari Johor Bahru ke Ipoh. Tempahan dibuka sekarang sehingga 29 Julai 2018 untuk perjalanan pada 1 Oktober 2018 hingga 12 Ogos 2019.

Kredit sumber: AirAsia

Kredit gambar: The Indian Express