Paru Goreng Rangup Dan Tak Liat Dengan Cara Ini

Nampak mudah masak paru, tetapi jika tidak biasa masaknya paru akan liat dan berbau hanyir bila dimakan. Untuk masak paru ini kena guna cara yang betul. Barulah paru lembut dan sedap ketika dimakan.

Berikut adalah cara yang betul untuk mendapatkan paru yang rangup dan tidak
liat.

index
Sumber: Agrobazar

1. Cuci

Untuk menghilangkan bau hanyir pada paru, perlu cuci dan basuh paru hingga bersih dengan menggunakan limau.

Keburukan-Makan-Organ-Dalaman-Haiwan-yang-Wajib-Anda-Tahu2
Sumber: Tentang Kita

2. Rebus

Apabila dah siap cuci, rebus paru sehingga empuk. Sewaktu merebus, masukkan halia yang telah diketuk atau dihiris. Boleh juga untuk menggunakan asam keping.

3. Hiris Nipis

Setelah paru betul-betul empuk, angkat dan tapiskan paru. Biarkan sehingga paru sejuk. Kemudian, hiriskan paru nipis-nipis supaya tekstur paru menjadi rangup ketika digoreng.

4. Gaul Garam Dan Kunyit

Paru yang telah siap dihiris nipis, bolehlah digaul bersama garan dan kunyit. Untuk lebih sedap, gaulkan sekali bersama perasa.

5. Goreng

Pastikan minyak betul-betul panas untuk menggoreng. Jangan risau jika ada banyak buih yang timbul ketika menggoreng. Buih-buih tadi akan semakin berkurangan apabila paru dah semakin garing. Bila dah garing, boleh angkat paru.

Siap untuk dimakan atau dimasak sambal.
Selamat mencuba!