Pasangan Ini Pilih Segelas Cendol Sebagai Mas Kahwin

Mas Kahwin Cendol
Sumber: Sinar Harian

Kebiasaannya, dalam sebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki akan menyediakan mas kahwin sama ada dalam bentuk perhiasan atau wang dalam jumlah tertentu.

Namun, berbeza pula yang berlaku kepada pasangan baharu di Indonesia ini tular di media sosial kerana menjadikan cendol sebagai mas kahwin. Tidak mementingkan harta benda mahupun barangan mewah, mereka diraikan dalam majlis serba sederhana bersama ahli keluarga dan rakan taulan.

Mas Kahwin Cendol

Pasangan ini menjadi tular lantaran daripada rakaman video yang dimuat naik di Facebook Bagus Yudhistira pada 30 Januari lalu. Namun, tidak dinyatakan dengan khusus lokasi majlis itu berlangsung.

Dengan ms kawin segelas es cendol lele sah gaes Rohman Kawol

Posted by Bagus Ydh on Tuesday, January 29, 2019

Berwalikan bapa pengantin, rakaman video itu menyatakan bahawa mas kahwin yang diberikan merupakan surah Al-Ikhlas dan segelas cendol. Usai selesai akad nikah, pengantin lelaki menyerahkan segelas cendol kepada pasangannya.

Pengantin perempuan meminum cendol sebagai tanda terima kepada pasangannya. Sebagai simbolik dan keunikan majlis akad nikah, pengantin lelaki dilihat menunggang motosikal yang diubah suai untuk kelengkapan jualan cendol menuju ke rumah pengantin.

Di Malaysia, ada yang terdetik mahu buat begini tak?

Sumber: Sinar Harian

Pergi Bali nak menginap hotel mana? Tonton

7 Penginapan Yang Sering Dikunjungi Di Bali

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/399359767277151/