‘Pedas Nak Mam**s’, Lihat Reaksi Netizen Cuba Burger Baharu Dari Burger King

Restoran makanan segera Burger King memang terkenal dengan menu-menu burger yang menarik dan sedap.

Dengan kepadatan isi daging, ramai yang memilih Burger King sekiranya teringin mencuba menu baharu burger. Tambah pula dengan kupon yang menawarkan promosi hebat, lagi ramailah yang akan ke sana.

Kali ini, Burger King tampil memperkenalkan menu baru iaitu Burger Pedas Wangi.

Burger King Pedas Wangi Baru

Tak seindah nama wanginya, burger ini mampu membuatkan anda menangis sehingga terkeluar hingus!

Sesuai dengan namanya, burger set RM15.50 ini dilimpahi dengan sos wangi yang terasa amat cili padinya serta bun roti yang siap ditabur dengan chili flakes.

Burger King Pedas Wangi Baru 1
Sumber: Ash

Datang dengan dua pilihan iaitu Burger Ayam dan Daging, visual burger ini memang tampak menggiurkan.

Antara reaksi netizen yang sudah mencubanya:

 

 

 

Jadi bagaimana, tak terasa nak cuba?

 

Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!