Pekerja Mogok Sebabkan Perkhidmatan Kereta Api Frankfurt, Jerman Terjejas

Pekerja KeretaApi Jerman Mogok
Sumber: Berita Harian

Perkhidmatan kereta api di Frakfurt, Jerman menjadi huru hara akibat daripada mogok yang dijalankan oleh para pekerja. Mogok yang telah menjejaskan berjuta penumpang adalah disebabkan oleh kegagalan majikan membayar gaji yang bertunggak.

Perkhidmatan Deutsche Bahn antara bandar dan serantau terpaksa dibatalkan selama 4 jam bermula jam 5 pagi waktu Jerman. Walaupun berjaya diselesaikan pada jam 9 pagi, kesan daripada kejadian ini tetap dirasai oleh syarikat perkhidmatan tersebut.

Pekerja yang menjadi wakil kepada 160,000 orang memohon kenaikan gaji sebanyak 7.5% memberikan amaran supaya syarikat berkenaan menunaikan permintaan mereka. Pihak Deutsche Bahn menyatakan sekitar 1,400 kereta api terjejas termasuklah perkhidmatan kargo.

Pekerja KeretaApi Jerman Mogok

Bersedia untuk mengadakan rundingan dan menawarkan kenaikan gaji sebanyak 5.1% dengan memberikan 2 penawaran, iaitu:

1. Kakitangan boleh mengambil cuti lebih
2. Pembayaran €500 sekali sahaja

Hub pengankutan yang teruk tejejas ialah seperti di Berlin, Frankfurt, Cologne dan Munich. Bagi penumpang yang membeli tiket secara atas talian, mereka boleh meminta untuk bayaran kembali harga tiket atau menunda perjalanan di tarikh yang lain.

Pekerja KeretaApi Jerman Mogok

Di stesen Nuremberg, bahagian selatan Bavaria, kira-kira 50 orang pekerja mengangkat sepanduk bertulisan ‘one for all, all for one‘dengan memakai jaket kuning high-visibility sama seperti penunjuk perasaan anti-Perancis di Perancis.

Diharapkan akan adalah jalan penyelesaian bagi menyelesaikan isu ini. Jangan nanti apabila kejadian ini berulang, penumpang yang jadi mangsa.

Sumber: New Straits Times