Pekerja Zomato Lapar, Makan Makanan Pelanggan

Pekerja Zomato
Sumber: Medium

Malas keluar rumah untuk membeli barang keperluan? Tak perlu gundah gulana. Zaman serba canggih, semuanya di hujung jari. Muat turun aplikasi tertentu, dengan beberapa klik anda hanya perlu tunggu di depan pintu rumah sahaja untuk menerima barang langganan anda.

BACA: Makan Buffet Secara Percuma Di Serena Brasserie, Intercontinental KL

Tapi ada risikonya, iaitu sama ada barang anda rosak atau sampai dalam keadaan tidak sempurna. Ini yang berlaku pada seorang pelanggan makanan Zomato apabila makanan yang dipesannya sudah di’rasa’ sedikit oleh penghantar syarikat terbabit.

Kejadian yang berlaku di Madurai, India ini berjaya dirakam oleh seorang pengguna dan dimuat turun di lama Twitter dan di kongsi oleh ramai orang. Pekerja Zomato tersebut dilihat makan makanan yang sepatutnya dihantar kepada pelanggan dengan cepat kemudian mengikat kembali bungkusan tersebut.

Setelah tularnya video terbabit, Zomato telah mengambil tindakan memecat pekerja terbabit daripada syarikatnya. Kejadian ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna Twitter, ada yang bersimpati dan ada juga yang mengecam. Tidak kurang juga ada yang mengkritik sistem penghantaran makanan Zomato yang teruk di India.

There is a video going around in which a Zomato Delivery Guy is eating food out of the orders he has to deliver and then…

Posted by Meghna Athwani on Wednesday, December 12, 2018

Walaupun India dikatakan bangkit sebagai sebuah kuasa ekonomi baru yang berubah jika dibandingkan dengan keadaan mereka pada 15 ke 20 tahun lepas, negara tersebut sebenarnya masih lagi dihimpit dengan kemiskinan. Masalah sosial meningkat, kebuluran, taraf hidup rendah dan tahap kesihatan semakin meruncing masih lagi kekal.

Pekerja Zomato

Mungkin ini yang terjadi kepada pekerja terbabit. Kelaparan melampau disebabkan taraf hidup yang semakin tinggi menyebabkan beliau tidak berfikir secara rasional tentang amanah yang dipegang. Setelah dipecat, reputasi beliau semakin buruk dan bagaimana beliau mahu mencari rezeki untuk keluarga beliau?

Memang benar perilaku beliau itu adalah salah, tetapi sepatutnya Zomato lebih bijak mengendalikan situasi berkenaan; mencari punca mengapa perkara tersebut boleh berlaku.

Yang atas tetap di atas, yang bawah masih lagi ditindas dan di’pijak’ sesuka hati. Jadi mahu salahkan siapa dalam hal ini?

Sumeber: India Today