Pelarian Syria Yang Terkandas Di KLIA Dapat Suaka Kanada

pelarian syria di KLIA
Sumber: CTV News

Pemuda Syria yang terkandas di zon transit Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) selama lebih 7 bulan akhirnya diberi suaka di Kanada. Pemuda yang dikenali sebagai Hassan Al Kontar itu telah lama terkandas di koridor ketibaan lapangan terbang sejak Februari lalu kerana dihalang ke Ecuador dan Kemboja.

Hassan telah selamat mendarat di Vancouver, Kanada dan telah menyiarkan videonya di Twitter mengenai perkembangan beliau. Kes beliau ini dibantu oleh pertubuhan Kanada dengan menaja beliau ke Kanada sebagai pelarian.

pelarian syria di KLIA
Sumber: World Of Buzz

Pertubuhan itu berkata seluruh dunia membantu memberikan dana untuk membawa Hassan ke Kanada. Beberapa organisasi telah memperjuangkan kes yang dialami beliau dan mengadakan petisyen dalam talian yang mendapat lebih daripada 62,000 tandatangan dilancarkan oleh Canadian Caring Society dengan meminta pihak imigresen Kanada membenarkan kemasukannya.

Sebelum ini, Hassan tidak mahu pulang ke tanah airnya kerana takut ditangkap dan dipaksa menyertai ketenteraan Syria. Beliau juga sering menyiarkan video tentang nasib yang dialaminya sepanjang terkandas di KLIA sehingga mendapat perhatian global.

Hal yang menyebabkan Hassan terkandas lama di KLIA sebelum mendapat suaka di Kanada kerana beliau ditahan polis akibat mengeluarkan kenyataan yang memalukan negara Malaysia di media sosial. Penahanan itu juga disebabkan Hassan berada di kawasan larangan apabila pas pelepasan dan ketetapan visa sudah tamat tempoh.

Dahulunya, Hassan Al Kontar bekerja di syarikat insurans di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ketika perang meletus di Syria pada tahun 2011. Sejak 2015, lebih daripada 14,000 pelarian Syria ditaja badan swasta telah ditempatkan semula di Kanada.

Sumber: The Guardian