Peminat Kuih Keria Antarabangsa Hj. Jalil Tidak Perlu Berhujan Panas Lagi

Kalau ke Melaka, pasti tidak akan lepaskan peluang berkunjung ke kedai tular Kuih Keria Antarabangsa Hj. Jalil Limbongan, kan?

Menjadi pilihan penduduk setempat dan pelancong yang datang ke Melaka, kuih keria Hj. Jalil ini memang digemari setiap lapisan masyarakat. Ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata mahu mendapatkan kuih keria dari gerai ini.

Kuih Keria Antarabangsa Hj Jalil
Sumber: Brad

Berbeza dengan kuih keria yang biasa dijual, Kuih Keria Antarabangsa Hj Jalil ini lebih gebu dan berkilat hasil siraan daripada gula Melaka dan bukannya gula biasa. Sudah hampir 40 tahun menjalankan operasi, Kuih Keria Antarabangsa Hj Jalil ini akhirnya berpindah operasi ke sebuah restoran di Taman Limbungan Jaya.

Kuih Keria Antarabangsa Hj Jalil
Sumber: POI

Berita baik buat anda, selepas ini tidak perlulah beratur panjang dalam cuaca panas semata-mata demi mendapatkan kuih yang anda idamkan. Pergi sahaja ke restoran, buat pesanan dan tunggu. Memang selesa.

Turut menawarkan menu Asam Pedas Ramen Kg Hulu dan pankek, kedai yang sudah diupgarde menjadi restoran ini disambung legasi oleh anak kelima arwah Hj. Jalil, iaitu Sudirman.

Menghembuskan nafas terakhir Ogos lalu akibat daripada kemalangan jalan raya pada Julai 2018, kuih keria Hj. Jalil habis terjual kira-kira 8,000 biji sehari dan bertambah kuantitinya pada hujung minggu dan cuti umum.

Memulakan operasi pada jam 12 tengah hari hingga 7 malam, restoran Kuih Keria Antarabangsa Hj Jalil ini dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat. Jangan pula nanti pergi ke lokasi lama, memang tidak akan jumpa lah jawabnya.

Lokasi: No. 29 Jalan Kristal Merah 2, Taman Limbongan Jaya

Sumber: MelakaKini

Tak makan pun dah rasa jijik.

Muzium Makanan Jijik Yang Pasti Buatkan Anda Muntah

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

Muzium Makanan Jijik Yang Pasti Buatkan Anda Muntah

Muzium macam ni pun ada?

Posted by MakanLena on Monday, January 21, 2019